Helang botak sambar burung kuang


SEEKOR burung helang menyambar burung kuang di Dakota Selatan, Amerika Syarikat.
DAKOTA SELATAN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang jurugambar kelahiran Britain, Chris Bailey berjaya merakam beberapa gambar seekor helang botak besar yang kelaparan menyambar burung kuang di kawasan salji di sini untuk dijadikan makanan, lapor sebuah akhbar semalam.
Salah satu gambar tersebut merakam aksi dramatik helang botak menyambar burung kuang itu dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya sebelum terbang tinggi.
Bailey, 54, yang terkejut pada masa itu cuba menjejaki helang botak yang membawa burung kuang tersebut ke kawasan berdekatan sebelum menjadikannya sebagai makanan.
Menurut Bailey yang bekerja sebagai pengarah servis Ford, dia sedang merakam gambar salji yang menutupi keseluruhan sebuah padang di sini.
"Tidak lama kemudian, saya menyaksikan helang botak yang cuba menyambar burung kuang berada di sana. Kejadian ini berlaku pada masa dan tempat yang tepat di depan mata saya," jelasnya.
Helang botak yang memiliki sayap berukuran 2.44 meter boleh terbang dengan kelajuan 72 kilometer sejam dan boleh hidup sehingga 30 tahun. - Agensi




sumber>
kosmo!




Kamera GPS rakam kereta langgar treler


KERETA Vauxhall Astra sebelum (kiri) dan selepas kemalangan tersebut (kanan).
ABERDEEN, Britain - Detik cemas sebuah kereta dipandu melawan arus memasuki susur keluar sebatang jalan raya di Britain sebelum ia berlanggar dengan sebuah treler yang membawa muatan simen berjaya dirakam kamera sistem pengesanan global (GPS) lori kedua, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada Selasa lepas, kereta Vauxhall Astra yang dipandu seorang wanita cuba memasuki jalan besar A90, dekat sini, Scotland, melalui susur keluar jalan itu.
Melihat sebuah treler seberat 44 tan di depannya, dia melencongkan keretanya dan berada dalam laluan lori kedua di jalan raya itu.
Tidak mahu dirempuh, kereta itu cuba kembali ke susur keluar itu dan melanggar sisi treler terbabit.
Pelanggaran tersebut menyebabkan treler berkenaan terbalik, manakala bahagian sisi dan hadapan kereta itu remuk.
Tiada yang cedera dalam kemalangan itu. Namun, wanita berusia 20 tahun itu didakwa kerana memandu secara berbahaya. - Agensi




sumber>
kosmo!



Terselamat selepas terjatuh dari tingkat lapan


ANGELO NICOTRA dan gambar sinar-X menunjukkan tulang tangannya yang patah (kanan).
BIRMINGHAM, Britain - Seorang lelaki, Angelo Nicotra bernasib baik dapat berjalan semula setelah hampir semua tulangnya patah akibat terjatuh dari tingkat sembilan flatnya pada ketinggian 30.48 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak 14 tulang lelaki berusia 22 tahun itu patah, manakala beberapa lagi tulangnya retak apabila dia menghempap laluan konkrit di laman flat berkenaan.
Dia telah mengambil pil tidur dan tidak dapat mengingati insiden terjatuh dari tingkap bilik tidurnya pda Disember tahun lalu.
Doktor-doktor yang merawatnya kagum kerana dia tidak mati dalam kejadian tersebut.
Namun, Nicotra terpaksa menjalani lapan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.
"Doktor-doktor cuma memberi saya peluang 20 peratus untuk hidup. Mereka terkejut saya sembuh dengan begitu cepat dan kini boleh berjalan semula," katanya di sebuah hospital di sini kelmarin.
Mengulas kejadian itu pakar ortopedik Hospital Heartlands, tempat dia dirawat, Dr. Andreas Sambatakasis berkata: "Saya belum pernah melihat seseorang terselamat selepas terjatuh dari tempat begitu tinggi,". - Agensi




sumber>
kosmo!



Malek Noor rebah di padang bola


MALEK dipimpin oleh doktor dan anggota pertahanan awam selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Ipoh malam kelmarin.
IPOH – Bekas juara bina badan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengalami sesak nafas akibat serangan sakit jantung malam kelmarin.
Ketika kejadian, beliau sedang menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.
Malek yang bermain di posisi penjaga gol tiba-tiba berpaut pada tiang gol dan menahan kesakitan pada bahagian dadanya selepas lima minit perlawanan bermula.
Bekas atlet berusia 56 tahun itu kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh seorang pegawai perubatan sebelum dipindahkan ke Hospital Permaisuri Bainun di sini.
Pengurus Keahlian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Aminuddin Mohd. Nasir berkata, ahli bina badan itu kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pantai Ipoh.
“Malek sangat teruja untuk menyertai perlawanan itu bahkan pada sesi pemanas badan sebelumnya, dia sangat cergas.
“Tiada langsung tanda-tanda dia diserang sakit jantung sehinggalah dia menjerit memanggil saya dan mengadu sesak nafas,” ceritanya.
Menurut Aminuddin, keadaannya kini semakin stabil dan beliau berharap semua pihak mendoakan bekas jaguh bina badan negara itu pulih.




sumber>
kosmo!




selamat pulang ayah



hari rabu ,,
ayah aku balik dari umrah ,,
best nya ,, mesti ada banyak ole2 untuk family ,,

tapi ayah aku tak bawa banyak duit sangat ,,
sebab kan kita nak pergi umrah bukan nya shopping ,,
takut niat kita lari kan ,,,

nanti dah tak dapat apa2 pula ,,
yang dapat hanya dosa ,,
so beli yang perlu sahaja ,,

and
,, alhamdulillah ayah aku selamat perjalan balik and pulang pun dalam keadaan selamat




ecah dah ok and olrait >



yippi ,,,

dengar kata ,, aisyah dah pulih ,,
alhamdulillah ,, tapi rugi tak jumpa dia ,, masa tu pun rumah dia ada buat doa selamat aku tak datang ,,, eeee rasa macam terlepas pula ,,
nak ikut2 ,,

dah lama dia ada dekat hospital ,, and sekarang dah ada dekat rumah ,,
nak pergi la jumpa dia,,, tapi malu la ,,

masa tu aku pergi hantar mak aku balik mersing ,, 
sebab minggu depan kan naik isnin nak kerja ,, so petang tu aku x pi umah aisyah ,,
uhuhuhu ,,

tengah sedih ni ,,
memang sedih pon ,, tak pergi jumpa kawan pun ,,
nanti kalau kita sakit pula tak ada siapa yang datang ,,
aku aku sentiasa doa kan yang terbaik untuk kawan2 aku juga...

never forgotten ok ,,

peace <<



aku Herpetophobia


ok ,, disebabkan aku ni takut and geli akan cicak ,,
 so aku tak letak gambar cicak ,,


gambar ni boleh la kot ,,

Herpetophobia : takut akan reptilia
contoh cicak ,,

aku terus terang memang takut dengan cicak ,, tak tau la ,,
tapi masa kacik dulu selalu kena kacau dengan cicak ,, cicak jatuh atas kepala la ,,
termasuk baju la ,, and bagai2 la ,,

memang malang batul nasib aku masa tu ,,
nasib baik masa tu aku masih kecik lagi ,,
kalau tak ,,,

ish tak tau la nak cakap apa ,,

kuih3 ,,
ok tu jer lah kay ,,,


april fool BERDARAH !



1 April atau April Fool's Day .. biasa tak kan lari dari aneka kejutan. Tak kiralah dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Pasti ada kejutan yang dirancang dan dilaksanakan dengan niat untuk menceriakan "mood" pada hari tersebut. Yang terkena .. pastinya terkejut dan yang merancang .. pastinya gembira kerana apa yang dirancangkannya .. berjaya ! Namun disebalik kegembiraan dan kejutan yang disambut pada setiap 1 April .. mempunyai peristiwa yang sungguh menyedihkan.

Tahukan anda bahawa April Fool's Day atau lebih dikenali dengan April Mop dikalangan orang Barat berasal dari sejarah serangan tentera-tentera Kristian terhadap kerajaan Islam di Sepanyol yang penuh dengan tipu muslihat ?

Ketika itu .. daerah Granada, Sepanyol merupakan daerah terakhir .. yang runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam yang ketakutan terpaksa menyelamatkan diri dengan berlindung di dalam rumah dan tempat persembunyian.

Untuk membolehkan penduduk-penduduk Islam keluar dari tempat perlindungan. Tentera-tentera Kristian telah membuat satu muslihat dengan memberitahu kepada penduduk-penduduk Islam bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Penduduk-penduduk Islam yang risau dengan tawaran tersebut, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan bagi memastikan bahawa apa yang dikhabarkan oleh tentera-tentera Kristian .. bukannya satu penipuan.

Setelah berpuas hati, penduduk-penduduk Islam mula membuat persiapan untuk bertolak. Pada keesokan harinya (1 April), ketika penduduk-penduduk Islam menuju ke perlabuhan. Tentera-tentera Kristian .. menyerang penduduk-penduduk Islam dan membunuh mereka kesemuanya. Peristiwa berdarah yang menyedihkan itu kemudiannya diraikan oleh tentera-tentera Kristian sebagai tanda kemenangan.

Keraian ini akhirnya disambut setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.





ramai Swifties !!!



sejak je aku buat akaun facebook aku yang baru ni ,,
ramai gilerr swifties ,,,
maksud nya ramai peminat taylor swift la ,,
tak kan la itu pun tak tau ,,
semua aku nak jawab kan ,, susah ler hidup macam ni ,,
cewwwaaahh ,,
over pula ,,, so macam yang aku cakap tadi memang ramai giler swifties ,,
kalau tak percaya korang add la aku dekat facebook and korang check friends list aku ,,
memang berlambak ,, itu pun sebab aku ada add budak form 2 budak rk ,,
lelaki ,,
memang minat giler budak ni dengan taylor swift ,, budak perempuan ,, tak payah cakap la ,, dah memang sah minat tahap giler  punya lah !!!


lagi pun taylor swift ni memang cute and gentle orang nya ,,
sama la macam penyanyi yang lain ,,
respect peminat dorang ,, best kalau macam tu ,,
tak macam artis malaysia cepat sangat lupa daratan ,,
macam ***** tuuuuutttt ,,,
hiihihihi ada lah ,,,


and lagi satu lagu country dia memang awesome giler lah ,,!!!!
memang ramai orang yang tak suka lagu country sebab kebanyakan nya gunakan gitar ,,
and accent dia pon lain juga ,, tak macam english yang selalu kita dengar tu dekat televisyen or radio ,,
tapi bagi aku country or not country pun masih lagi tetap sedap ,, asal kan keluar bunyi musik dan suara orang nyanyi cukup la ,,






Katy Perry - E.T. ft. Kanye West

PUSH