Pelajar diacu pistol di kepala


AITF SAMSUDIN (kanan) mengetuai bacaan doa kesyukuran setelah dia bersama 
sebahagian pelajar lain selamat tiba di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Pengalaman diacukan pistol ke kepala ketika berada di Mesir bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan seumur hidup kepada seorang pelajar tahun pertama jurusan pergigian Universiti Al-Azhar.
Siti Nabilah Mohd. Azaman, 20, memberitahu, kejadian menakutkan itu berlaku ketika dia dan empat rakannya keluar ke kedai berhampiran untuk menambah nilai prabayar telefon bimbitnya bagi menghubungi keluarga di tanah air.
"Sedang kami berjalan kaki menuju ke kedai, kami terkejut apabila seorang warga tempatan yang tidak dikenali mengacukan pistol ke kepala kami dan menyuruh kami pulang ke rumah.
"Tanpa melengahkan masa kami yang ketakutan terus berlari pulang," ceritanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

sumber KOSMO! :






No comments:

PUSH