Result Mid-Term Exam


Assalamualaikum.. Kepada yang jawab Alhamdulillah yer..


Ok amacam result korang ?? OK ? Nak tahu tak result aku macam mana ? Hahaha itu tunggu lepas Hari Terbuka nanti aku update yer :).


Aku tahu mesti ramai kawan-kawan blogger aku yang masih bersekolah dapat result yang memuaskan kan ? Syukur yer.. Bagi aku soalan mid-term exam tahun ni, macam soalan nak suruh aku mati awal jer. Aku belum kahwin lagi, agak-agak lah cikgu ni pun. Hahaha gurau yer, jangan ambil serious malam-malam macam ni.


Tapi masa periksa tu memang macam Kejutan Budaya betul lah, tak pernah kan pegang soalan SPM, ni tiba-tiba depan mata. Ambekk ko, kosong otak nak menjawab apa ni. Pecah recod, 3 subjek aku FAIL and 3 kali berturut-turut dari awal tahun sampai periksa setengah tahun. "Mak ramai lagi yang gagal, yang lebih dari 3 pun ada" XD


Kelas aku kelas Sains Teknikal, kelas yang bawah-bawah tu pun masih lagi ramai yang lulus, tapi subjek tak susah macam kami lah. Cikgu Fizik aku pun dah naik fade-up sebab setiap kali exam semua FAIL, ada yang markah paling tinggi pun cuma 30-40 jer, majority berbelas-belas jer. Hahaha apa kes lah.


Ok aku pun dah naik bengang nak cakap pasal result ni, kalau korang nak komen sila kan, share segala result korang disini :) Thanks

My 700th follower


Salam'alaik you guys.


I have a great news, good news and terrible news.

Great news :
Blog aku dah mencecah 700 orang follower. Happy sesangat. Nak tahu siapa follower yang ke 700 tu ?? Come visit HERE

Good news :
Some of my homework dah finish, well sikit jer dah siap. Nanti naik sekolah copy-paste lah jawabnyer

Terrible news :
HARI NI LAST CUTI !!!! FAXXXX

KLIK kalau suka

Homework.. ohhh Homework


Salam'alaik wahai kawan-kawan sebayaku dan yang bukan sebaya(pangkat abang2 akak2 pakcik mokcik) ok. Wahai kawan-kawanku yang masih bersekolah, sudah siap semua kerja sekolah ? Semua report, essay, assignment dah siap ? Haishhh ni yang lemah nak buat, makin dekat hari persekolahan, makin berat nak memegang buku kan. Betul tak ? Same here. Bukan apa, saja nak ingatkan, takut nanti lupa. Tak salahkan saling ingat-mengingati.


Tapi tak apa, kalau naik sekolah nanti cikgu tanya kenapa tak siap, korang pandai-pandai lah bodek cikgu. Or, pandai-pandai lah pinjam buku kawan and tiru jer, copy paste. Normal lah tu kan, budak sekolah. Bohong kalau korang tak pernah buat macam tu. Hahaha


Kalau korang tengok dekat gambar atas tu, itu lah semua list homework aku masa cuti. Ingatkan boleh siap malam tadi, tapi tak tersentuh langsung buku. Adoi memang makin berat la tangan nak memengang buku, rasa first day sekolah lepas cuti dua minggu ni pun rasanya pelajaran-pelajaran belum boleh carry lagi. Otak dalam Rilex-Mode lagi lah katakan.


Dah nak naik sekolah ni mesti semua dah siap sedia nak gunting rambut, potong kuku, dye balik rambut tu jadi hitam kan.. Amboi korang sampai macam tu sekali. Petang ni pun aku nak pergi gunting rambut. Sayang pulak rasa nak potong. Huhuhu


Ok lah, korang pi siapkan dulu kerja sekolah yang bertimbun and berhabuk sebab dua minggu tak sentuh tu. Nanti sambung balik online, blogging dan lain-lain. Apa kata kita pakat ramai-ramai petang ni siapkan sikit kerja sekolah. NAK TAK ? Ok jom !!

KLIK kalau suka

Snow White and The Huntsman


Walaweyyy. Assalamualaikum and happy "HOLIDAY ALMOST END" day.. Hehehe ! Menggigil ?? Yup. Gementar ?? Yup. Takut ?? Yup. Tak sabar jumpa kawan ??  Yup. Tak sabar jumpa cikgu dan anaknya "homework" ?? NO-no !!


Macam tu lah kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Masa cuti happy sangat, tapi bila dah nak habis cuti tu, rasa macam dajjal nak datang je, kadang-kadang seminggu sebelum cuti dah nak habis pun dah rasa takut, gementar dan gelisah semacam. Macam bila sampai sekolah je, kena bunuh. Begitu sadis dunia pelajar sekolah ni. Aku ada, Kau ada ??


Tapi itu semua bukan penghalang untuk masih enjoy dunia ini kan ?? Cuma biasa lah tu bila otak dah rilek, lepas tu fikir nak sekolah. Otaknya naik ting-tong.


Aku kalau tak pergi bandar masa cuti sekolah memang tak sah, bukan cuti sekolah panjang jer. Tapi kadang-kadang cuti biasa sabtu ahad tu pun pergi jugak. Biasa la tu. Berapa hari lepas aku dengan kawan-kawan aku pergi bandar tengok movie Snow White. Perghh memang awesome. Kristen Stewart memang gempak lah, first time tengok dia pakai armor and jadi Snow White pula tu.


Berbanding cerita Snow White yang kita dengar masa kecik-kecik dulu, rasanya versi yang ni lagi meletoppp kot. Tengoklah penuh dengan adventure. Masa dalam bilik tu penuh orang datang tengok, berbaris-baris sampai ke baris bawah. Selamat kita orang awal sikit beli tiket, dan dapat seat yang perfect.


After tengok movie, memang tak sah kalau tak pergi karokk. 10 lagu. Head-banging semua lagu lenjan jer. Asalkan happy, duit kering pun senyum lagi. Hahaha kesian betul. Lepas tu pergi makan pizza, yang single jer. Sebab tak nak ambil masa lama sangat makan, lepas karokk tu dah pukul 610. Tunggu dekat bustop tengok jam, pukul 645. Arghh balik maghrib la jawabnya.


First time juga, balik malam-malam ni, selamat tak kena ribut petir angin taufan. Kalau tak deah rentung dah. Memang awesome sangat, dan tak sangka lama kita orang keluar. Tunggu je cuti panjang lagi, lenjan bandar lagi.

NOTE : Ok semua pergi basuh kasut ok, kemas beg, basuh baju, gosok baju etc etc. Happy jer.

Kalau suka KLIK

Katy Perry - Wide Awake



Assalamualaikum. Tadaaaa lagu baru Katy Perry - Wide Awake. Awesome giler. Reason aku tiba-tiba post Music Video ni sebab masa aku tengah check bloglist aku tadi, nampak ramai blogger buat post pasal lagu-lagu terkini. So aku pun post juga. Korang cuba lah dengar lagu ni, ini cuma lyric video jer. TAK SABAR NAK TENGOK MUSIC VIDEO KATY PERRY.


Jangan lupa visit PART OF ME 3D !!


KLIK sini kalau suka

2 weeks of no food and no fun.

picture taken with Instagram

Hello again, sorry to say this may be my short entry. Saja nak memenuhkan blog aku hari ni XD. Kalau korang nak tahu, sebenarnya internet aku baru betul pagi tadi, ada abang TM ni datang and repair. THANKS TO ABANG TM !! *applause*. And dalam hidup aku ni, kalau tak ada internet memang tak lengkap. SERIOUS !! Aku akan menghadap makanan jer, and cepat bosan. Sebab internet tu dah macam wajib dalam rutin harian aku, kalau tak ada nanti aku makin "comel". Mak aku pun dah bebel je, takut seluar sekolah aku tak muat XD Hehehe tapi aku gemuk sedang-sedang jer.

Chubby Forever xoxo

Kalau suka KLIK sini

Horee Horee!


YOLOOOO to all member. Aku tak tahu apa YOLO tu, so aku jadikan dia macam kita cakap "Hy, Hello, Sarangheyo dan sebagainya".

Ok kalau korang nak tahu, hari lepas aku baru je tengok cerita Horee Horee yang memang Awesome giler-maut. Macam biasa dengan kawan-kawan aku, balqis and zizul. Masa tu memang tak expect pun yang balqis ikut, dah la sorang perempuan je tu. Ala tak apa kita orang sempoiii, tak mahu la strict sangat 'kan ?? At first, aku ingatkan nak tengok Avengers, tapi dia cakap kena balik awal pulak, so kita orang choose Horee Horee instead, mula awak habis pun awal lah kan. Start pukul 1.30 habis pukul 2.30 lebih kurang macam tu la.


Bila masuk je bilik pawagan tu kan, tengok berapa baris je orang yang datang tengok. Dalam sebaris tu pun masih ada kosong-kosong lagi. Lagi pun kita orang pergi masa cerita tu dah lama jugak lah keluar dalam berapa minggu. Ehem aku pulak tu belanja tiket, cewah mengungkit pula. Sorry tak ada niat, just saying jer, no need to get emotionale. Masa tu pulak my other two friends pergi makan dekat KFC *tak ajak!!. And dia orang pergi tengok movie MIB III, the faq ! Not fair. Alahh tak apa lah benda dah lepas jangan dikenang, lagi pun dapat datang lagi kan.


Tapi bila dekat dalam tu memang drama giler lahh, baru suku cerita tu jer dah dengar orang "sookk-seekkk sokk-sekkk" aduhh, sungguh drama queen lah. Bukan perempuan jer, laki pun ada. Hehe aku lah tuu, tak tahan sangat !! Cerita tu penuh dengan story-story yang kadang-kadang happy, tapi bila kena point-point dia memang air mata mengalir pun tak perasan. Balqis dekat sebelah tu dah bercucuran air mata, huhuhu.


Macam biasa, mesti ada yang datang ber-couple kan. Arghhh so annoying lahh. Nak drama sesama, jangan dekat sebelah aku, lagi-lagi dalam pawagam nihh, rasa disgusting giler. Dah kahwin ?? No way rasa nya, tengok muda sangat. Arghh nak nangis pun kena berteman, seriously. Nak je aku panggil Ustaz Azhar Idrus, kang tak pepasal kena dengar ceramah :P


xoxo


Kalau suka KLIK sini :)

"CALL ME MAYBE" CARLY RAE JEPSEN MUSIC VIDEO PARODY



KLIK sini ^ ^

Cuti dua minggu ? What to do ?


Assalamualaikum kawan-kawan :) Sudah bermula pun cuti pertengahan tahun bagi tahun 2012. Syiokkk ?? Hmmm tengok je lah nanti apa yang best terjadi masa cuti ni. Selalunyer yang paling cliche pun budak-budak sekolah mesti balik kampung, or pergi melancong dengan family. Ada yang sampai ke Paris, London etc etc ++. Untung lahh anak orang kaya, well mak bapak je kot yang kaya, anak tumpang je kekayaan tu :) Best nyer diorang, aku cuti ni just duduk rumah je, men"comel"kan badan. Lagipun aku dah memang dekat kampung, buat apa nak balik kampung. Parent aku pun balik kampung sini.


And guess what ?? Minggu lepas sebelum cuti, aku ada mid-term exam. Hari terakhir exam lah yang dinantikan semua classmate aku, walaupun masa tu killer subjek, memang tak ada sapa boleh bawak subjek tu (add math and kimia) diorang semua lenjan jer. Asalkan dapat cuti hahahaha. Tapi kita orang semua harap just dapat score jer, tak dapat A+ pun tak apa. Lepas exam tu jer, semua muka tak ceria pun. Maybe sebab semua takut pasal RESULTT !!! (hamekk ko Caps Lock). Tu la masa exam buat sambil lewa jer (orang yang cakap ni pun sama jugakk)

Cikgu cakap : Ni lahh orang melayu, redha sebelum berjuang. Macam mana nak lulus dalam peperiksaan kalau dah tawakal dulu sebelum bukak kertas soalan periksa ?? Hehehe terkena habis kita orang semua

Yang lepas biarlah lepas, kita just fokus kehadapan ok :) Lagi pun ni cuti, bukan waktu sekolah nak tegang jer urat kepala ni. Naik mengong nanti kang. Macam biasa, kalau cuti-cuti ni member ajak pergi bandar. BESTT !! Hari selasa ni otw pi Kluang, hehehe. Nak tengok movie dan dapat jugak la release tension sikit dari semu masalah yang membelenggu diri ini *cehhh ayat madah giler.

KLIK mau ^ ^

Memberanikan diri untuk meng-Update !


Assalamualaikum dear fellow blogger friends !! Sorry gambar tu tak ada kena mengena langsung dengan entri yang aku nak buat ni. Aku tahu blog aku ni, dah makin bersawang and berhabuk dek disebabkan dah lama tak disentuh dan di-update. Aku dapat rasakan yang minat aku dalam dunia berblog ni makin pudar dan makin hilang, tapi aku masih minat dalam berblog ni, cuma aku tak ada masa. Kehidupan aku sebagai pelajar di tingkatan 4 ni membuatkan aku rasa seperti tak cukup masa, walaupun 24 jam aku duduk menghadap komputer di rumah aku ni, tapi seperti tak ada rasa untuk meng-update.


Selalunya aku akan update status mengikut gambar-gambar yang aku ambil setiap kali ada event, tapi gambar tu semua dah tak ada makna dah untuk diletakkan dalam blog ni, dah terlambat. Aku pun tak tahu datang dari mana rasa hilang mood untuk berblog ni. Tapi hari ni aku memberanikan diri untuk meng-update. Walaupun dalam otak aku ni tak ada story langsung, tapi luah je lah apa yang ada sikit-sikit tu. Sebab semua idea aku, aku dah luahkan dekat kertas jawapan mid-term exam aku.


Yup, dah mula dah mid-term exam sekolah aku, soalannya macam soalan sebenar exam SPM !!! Selamat tak mati aku jawab, just separuh nyawa jer. Tapi aku still try my best, dah habis 2 minggu exam, tinggal 1 minggu dan aku bebas, and mungkin lepas exam nanti aku akan merajinkan diri aku untuk meng-update blog ni. Tak nak la segala titik peluh kita dan cerita-cerita selama kita kongsi dekat sini semuanya lesap. Jadi lepas ni aku akan kongsi cerita-cerita aku lagi lebih dekat sini. JUST WAIT !!


kalau rajin, tolong click
PUSH