Homework.. ohhh Homework


Salam'alaik wahai kawan-kawan sebayaku dan yang bukan sebaya(pangkat abang2 akak2 pakcik mokcik) ok. Wahai kawan-kawanku yang masih bersekolah, sudah siap semua kerja sekolah ? Semua report, essay, assignment dah siap ? Haishhh ni yang lemah nak buat, makin dekat hari persekolahan, makin berat nak memegang buku kan. Betul tak ? Same here. Bukan apa, saja nak ingatkan, takut nanti lupa. Tak salahkan saling ingat-mengingati.


Tapi tak apa, kalau naik sekolah nanti cikgu tanya kenapa tak siap, korang pandai-pandai lah bodek cikgu. Or, pandai-pandai lah pinjam buku kawan and tiru jer, copy paste. Normal lah tu kan, budak sekolah. Bohong kalau korang tak pernah buat macam tu. Hahaha


Kalau korang tengok dekat gambar atas tu, itu lah semua list homework aku masa cuti. Ingatkan boleh siap malam tadi, tapi tak tersentuh langsung buku. Adoi memang makin berat la tangan nak memengang buku, rasa first day sekolah lepas cuti dua minggu ni pun rasanya pelajaran-pelajaran belum boleh carry lagi. Otak dalam Rilex-Mode lagi lah katakan.


Dah nak naik sekolah ni mesti semua dah siap sedia nak gunting rambut, potong kuku, dye balik rambut tu jadi hitam kan.. Amboi korang sampai macam tu sekali. Petang ni pun aku nak pergi gunting rambut. Sayang pulak rasa nak potong. Huhuhu


Ok lah, korang pi siapkan dulu kerja sekolah yang bertimbun and berhabuk sebab dua minggu tak sentuh tu. Nanti sambung balik online, blogging dan lain-lain. Apa kata kita pakat ramai-ramai petang ni siapkan sikit kerja sekolah. NAK TAK ? Ok jom !!

KLIK kalau suka

2 comments:

tasya nabil said...

buat homework jgn xbuat ! hehe.

dean said...

@tasya nabil arghhh stress nk tengok buku... hekhekhek

PUSH