Snow White and The Huntsman


Walaweyyy. Assalamualaikum and happy "HOLIDAY ALMOST END" day.. Hehehe ! Menggigil ?? Yup. Gementar ?? Yup. Takut ?? Yup. Tak sabar jumpa kawan ??  Yup. Tak sabar jumpa cikgu dan anaknya "homework" ?? NO-no !!


Macam tu lah kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Masa cuti happy sangat, tapi bila dah nak habis cuti tu, rasa macam dajjal nak datang je, kadang-kadang seminggu sebelum cuti dah nak habis pun dah rasa takut, gementar dan gelisah semacam. Macam bila sampai sekolah je, kena bunuh. Begitu sadis dunia pelajar sekolah ni. Aku ada, Kau ada ??


Tapi itu semua bukan penghalang untuk masih enjoy dunia ini kan ?? Cuma biasa lah tu bila otak dah rilek, lepas tu fikir nak sekolah. Otaknya naik ting-tong.


Aku kalau tak pergi bandar masa cuti sekolah memang tak sah, bukan cuti sekolah panjang jer. Tapi kadang-kadang cuti biasa sabtu ahad tu pun pergi jugak. Biasa la tu. Berapa hari lepas aku dengan kawan-kawan aku pergi bandar tengok movie Snow White. Perghh memang awesome. Kristen Stewart memang gempak lah, first time tengok dia pakai armor and jadi Snow White pula tu.


Berbanding cerita Snow White yang kita dengar masa kecik-kecik dulu, rasanya versi yang ni lagi meletoppp kot. Tengoklah penuh dengan adventure. Masa dalam bilik tu penuh orang datang tengok, berbaris-baris sampai ke baris bawah. Selamat kita orang awal sikit beli tiket, dan dapat seat yang perfect.


After tengok movie, memang tak sah kalau tak pergi karokk. 10 lagu. Head-banging semua lagu lenjan jer. Asalkan happy, duit kering pun senyum lagi. Hahaha kesian betul. Lepas tu pergi makan pizza, yang single jer. Sebab tak nak ambil masa lama sangat makan, lepas karokk tu dah pukul 610. Tunggu dekat bustop tengok jam, pukul 645. Arghh balik maghrib la jawabnya.


First time juga, balik malam-malam ni, selamat tak kena ribut petir angin taufan. Kalau tak deah rentung dah. Memang awesome sangat, dan tak sangka lama kita orang keluar. Tunggu je cuti panjang lagi, lenjan bandar lagi.

NOTE : Ok semua pergi basuh kasut ok, kemas beg, basuh baju, gosok baju etc etc. Happy jer.

Kalau suka KLIK

PUSH