Trak guna kayu api ganti petrol


TRAK El kamina yang menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.
HELSINKI - Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.
Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.
Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.
Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.
Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi




sumber>
kosmo!






Kasut bertatah 2,200 butir berlian


KASUT House of Borgezie ini dihiasi dengan 2,200 butir berlian.
LONDON, Britain - Sepasang kasut tumit tinggi berharga £140,000 (RM691,029) dipercayai termahal di dunia, dipamerkan di gedung kasut House of Borgezie di sini kelmarin.
Kasut buatan tangan itu diperbuat daripada emas padu dan dihiasi 2,200 butir berlian dengan berat keseluruhan 30 karat.
Setakat ini, masih belum ada pelanggan yang membeli kasut berkenaan yang dihasilkan oleh pereka barang kemas Britain, Christopher Michael Shellis, sejak ia dipamerkan untuk jualan lebih lima bulan lalu.
"Kasut ini ibarat harta karun yang dipakai di kaki. Setakat ini, kami menerima banyak pertanyaan tetapi tiada urusniaga yang konkrit," kata Shellis. - Agensi




sumber>
kosmo!




BEN ASHAARI GEGAR LAGI


CLICK PICTURE TO JOIN







Cun Bergaya Di Jalan Raya


Setiap mata yang memandang pasti tak akan berkedip kalau kenderaan mamat² & minah² ni melintas! Vrooom...


1. Paris Hilton - Mahu Bentley Continental GT miliknya tampil lebih istimewa, Paris telah menambah berlian yang berharga lebih USD$285,000 pada bahagian dashboard keretanya.



2. David Beckham - Bergaya ke sana sini dengan Roll Royce Phantom Drophead miliknya yang berharga lebih USD$407,000.




sumber>



Sama Tapi Tak Serupa


Walaupun dorang ni memiliki nama yang sama, tapi masing² punya kelebihan & bakat yang tersendiri! Jom kita selongkar kelebihan dorang ni.


1. Farah Fauzana & Farah Asyikin - Fafau berjaya menggondol anugerah “Penyampai TV & Radio Popular ABPBH 2007”. Manakala naib johan “Malaysian Idol” iaitu Farah Asyikin ni pula berjaya membolot anugerah “Artis Wanita Baru Terbaik” pada Anugerah Planet Muzik 2008.



2. Zizan Nin & Zizan Raja Lawak - Kemunculan Zizan Nin dalam iklan Pond nyata mengubah masa depannya dalam industri. Manakala lawak jenaka Zizan Raja Lawak pula memberi rezeki yang melimpah ruah buatnya. 




sumber>



Kenali Sahabat Yang Membosankan


Jom kita kenali sifat-sifat individu yang sering membuatkan kita merasa kurang senang bila berdampingan dengannya!

1. Dalam ramai-ramai rakan yang kita ada, pasti ada di kalangan mereka yang memiliki kepakaran atau kepandaian dalam bidang-bidang tertentu. dalam kebijaksanaannya itu, wujud juga sifat ego yang menyebabkan mereka terlalu sukar untuk menerima pandangan orang lain. apabila ada individu yang mendekati atau ingin bekerjasama dengannya, si dia sering menguasai keadaan dan membuat rakan-rakan di sekelilingnya tidak selesa dengannya. individu sebegini sering kita labelkan sebagai ‘poyo’ atau ‘macam bagus.’ walhal, belum tentu idea yang dilontarkannya itu terbukti 100 peratus bernas. agar diri kamu tidak dikategorikan dalam kelompok ini, pastikan kamu tidak berasa takut untuk memberi komen atau melontarkan idea pada masamasa yang diperlukan.

2. Ada juga rakan kita yang gemar dipuji dan selalu berusaha agar prestasi kerjanya sentiasa mendapat perhatian pihak atasan. lebih menyakitkan lagi, individu daripada kategori ini juga gemar mengakui pekerjaan orang lain sebagai hasil usahanya sendiri. bagi individu dari kategori ini pula, kita melabelkannya sebagai individu yang gila kuasa. hakikatnya, tidak semua prestasi kerja yang ditonjolkannya itu datangnya daripada hasil usaha individu itu sendiri. sebaliknya, itu semua adalah hasil kerjasama dan bantuan rakan-rakannya yang lain.

3. Kita juga kerap berhadapan dengan rakan yang gemar mengganggu ketenteraman rakan-rakan yang lain. contohnya, gemar mendengar mp3 dengan kuat sehingga mengganggu ketenangan orang di sekelilingnya. dalam situasi ini, kamu perlu bijak membezakan antara persekitaran awam dengan ruang peribadi. ketika berada di tempat awam, jangan kamu fikir bahawa orang lain akan selalu suka dan selesa dengan kesenangan kamu. Jika kamu suka mendengar lagu-lagu kegemaranmu sambil bekerja gunakanlah ‘headphone’ kerana belum tentu orang lain akan berasa selesa untuk berkongsi kegemaran itu bersama-sama dengan kamu.


sumber>




Johor FC makin bernafsu


AZUAN (baju oren) berharap anak-anak buahnya mampu melakar kejayaan ke atas Harimau Muda A malam ini.
SELEPAS menang ke atas Kedah dan seri menentang Pahang, skuad Johor FC kini mempunyai keyakinan tinggi apabila berdepan Harimau Muda A pada saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam ini.
Begitupun, bagi melakar kemenangan, skuad Lebah itu harus terlebih dahulu memperbaiki jentera serangan yang dilihat gagal untuk menemui penyudah yang baik.
Jurulatih Johor FC, Azuan Zain berkata, andai jentera serangannya mampu beraksi dengan lebih baik, tidak mustahil Harimau Muda A mampu ditundukkan.
“Pada kebanyakan perlawanan, pemain saya mampu mencipta banyak peluang tetapi sayangnya, jentera serangan masih gagal untuk menghasilkan gol.
“Ketika menentang Pahang lalu, kami sepatutnya mampu menang tetapi penyerang kami gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai empat peluang satu lawan satu dengan penjaga gol.
“Saya harap, esok (hari ini) penyerang Johor FC akan beraksi dengan lebih baik untuk membantu mencatat kemenangan di hadapan penyokong sendiri,” kata Azuan semalam.
Sementara itu, Azuan meletakkan harapan yang tinggi terhadap pemain muda, Fandi Ahmad yang menunjukkan aksi cemerlang ketika menentang Kedah dan Pahang.
Fandi, 19, merupakan pemain skuad Piala Presiden yang dipinjam setelah beberapa pemain utama Johor FC mengalami kecederaan.
Pada aksi menentang Kedah, Fandi berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta peluang untuk gol kedua skuad Lebah.
“Fandi masih muda tetapi dia telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Saya masih memerlukan khidmatnya apabila bertemu Harimau Muda A bagi membantu Eddy Helmi Manan yang masih belum cergas 100 peratus,” katanya.
Azuan turut menasihatkan anak-anak buahnya agar lebih berhati-hati apabila bertemu Harimau Muda A yang dianggap mempunyai beberapa kelebihan.




sumber>
kosmo!


Kecoh kucing lahir anak anjing?


SEEKOR anak anjing (kanan) dikatakan mencetuskan kekecohan kerana ia dikatakan dilahirkan oleh seekor kucing betina di Yangshan, China baru-baru ini.
YANGSHAN, China - Seorang wanita, Zhou Yun terkejut apabila kucing peliharaannya yang baru melahirkan anak dilihat memelihara seekor anak anjing di belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar akhbar semalam.
Yun berkata, dia sudah mengetahui kucingnya itu akan melahirkan anak.
Namun, dia berasa terkejut apabila melihat seekor anak haiwan tersebut seperti anjing.
"Setelah diperiksa dengan teliti memang sah ia anak anjing," kata Yun di sini baru-baru ini.
Menurutnya, haiwan itu turut melahirkan seekor lagi anak yang memang merupakan kucing tetapi ia telah mati.
Namun, dia kini kebingungan bagi meyakini bahawa kucing peliharannya itu telah melahirkan seekor anak anjing.
Yun menyatakan dia memang memelihara seekor anjing yang selalu tidur dan makan bersama kucing betina itu.
Bagaimanapun, seorang presiden sebuah klinik haiwan peliharaan, Lai Xiaoyun berkata, adalah mustahil kucing boleh melahirkan anak anjing.
Menurut Xiaoyun, kucing itu mungkin menemui seekor anak anjing dan membawa ia pulang selepas seekor anak haiwan itu mati semasa dilahirkan.
"Kucing dan anjing merupakan dua spesies berbeza dan amat mustahil ia mempunyai keturunan yang sama," katanya. - Agensi




sumber>
kosmo!


Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian


MELANIE SCHACHNER (dua dari kanan) dan Rene Schachner (dua dari kiri) bergambar dalam keadaan bogel di Feldkirchen, Austria baru-baru ini
FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.
Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."
Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi




sumber>
kosmo!




Kekasih Ronaldo berbogel untuk iklan


IRINA SHAYK
 LONDON - Teman wanita bintang bolasepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan seorang model kelahiran Rusia, Irina Shayk, 25, mendedahkan seluruh badannya dalam satu iklan yang ditaja oleh Marc Jacobs, lapor sebuah akhbar semalam.
Irina yang terkenal dengan kecantikannya itu dikatakan bersetuju untuk menjadi model yang memerlukannya berbogel di depan kamera bagi memperaga rekaan terbaru Marc Jacobs itu.
Sejak 2008, Marc Jabobs telah meyakinkan begitu ramai bintang untuk bergambar bogel bagi memperagakan rekaan terbarunya untuk kempen amal bagi pesakit kanser dan antara model itu ialah Dita Von Teese, Victoria Beckham dan Marisa Miller.
Sementara itu, Shayk berkata, tubuhnya yang langsing adalah disebabkan oleh kerajinannya melakukan senaman dan bukan berdiet.
"Saya tidak pernah berdiet. Saya menganggap seseorang itu boleh makan apa yang dimahukannya dan melakukan senaman untuk membentuk tubuh tidak kira sama ada pergi ke gimnasium atau berjalan," katanya. - Agensi




sumber>
kosmo!



PUSH