Now watching.... The 55th Annual Grammy Awards 2013

Jam sudah pun menunjukkan waktu pukul 12:12 pagi,
Jyeahh, cuti-cuti ni memang aku tidur lambat. Homework?? Hahhhh semua melayang tempat yg aku tak tahu. Maybe Narnia, Wonderland, Hogwarts.... Donoo?? Maybe esok aku akan check semua homework aku. Sejak dah masuk form 5 ni, banyak buku aku tinggal dekat sekolah, and banyak jugak homework tertinggal bawah meja dekat kelas, tu yg pagi sampai kelas tu... "Weyh kau dah siap homework math?? Pinjam weyh!!!".. Hahaha rutin. What??

Malam ni, tergerak pulak aku nak tengok Grammys 2013. Sebab dengar macam best jek. So, aku pun layan je lah. Dah tak ada beda nak tengok malam ni. Mak and ayah aku dah tidur. So? Laptop memang aku control sesorang. Jyeahhhh.

Another reason aku nak tengok Grammys ni, sebab Halestorm menang award. Wowwww!! Congrats Halestorm. Aku tak pasti kategori apa?? Tapi mestilah dia orang menang dalam kategori Hard Rock/Metal or something, lebih kurang macam tu lah.



Btw, congratsssss!!

Mandikan Puteh & Itam kali ke-2.

Salam petang semua,
Sejak ada anak ni, semua kerja bertimbun. Buat itu, buat ini.... Arghhhhh stress!! Mana suami aku nih???! Hahaha jk. FYI. Bukan anak betul k, tapi anak kucing yang super cute sangat. *Sila tengok gambar tersebut. Trimas...

Tadi baru jer mandikan dia orang. Ahhh berkecah bilik air. Bising pulak tuh. Meowww meowwww. Sungguh mencairkan hati,comel sangat. And aku rasa, mandikan kucing antara kerja yg paling menyentuh hati. Tak sanggup aku tengok kucing2 tu mengiau, sebab kadang-kadang kita terpaksalah kan, kasar sikit. Sebab nak bersihkan badan, and gosok sana sini.

And ini bukan kali pertama aku bersih and mandikan anak kucing aku tuh. Kali pertama, ayah aku yg mandikan. Tak sanggup aku nak tengok, sebab kesian gilurrrrrr. Tak sampai hati. And kali kedua ni, aku nak try mandikan anak kucing aku. Yelah, yang bela kan aku, bukan ayah aku. Tapi....memang masa nak masukkan dalam besen tu, terpaksa pegang badan dia kuat-kuat, licin pulak tu disebabkan losyen syampu yg memang khas untung kucingkan... Memang TERpaksa berkasar sikit, walaupun tak sampai hati.

Aku harap aku tak tergolong dalam golongan pendera haiwan. Ya Allah, ampunilah dosa kuuuu!!!. Aku buat dengan niat baik, nak mandi nak bersihkan anak-anak kucingku. Tak bermaksud nak sengaja berkasar-kasar dengan diorang. Uhuk uhuk.



Note»»
So, korang ada haiwan peliharaan tak? Kalau ada, meh share-share apa haiwan peliharaan korang... And kalau baik hati, tolong bagi tips2 untuk jaga haiwan peliharaan dengan baik. Thank you.

Chuuu~

Blogger Apps for Android... Finally...

Hye, dean here,
As you can see, aku kini mengupdate blog aku menggunakan android dari phone aku. Sebab malas nak ngadap laptop/komputer bagai. Aduh. Penat nak tunggu loading, lepas tu, lepas ni.... Ok, memenatkan. So aku decided to update it from my phone. Phone murah saja sayangsss, SG Ace. Did not meant to brag, ok gurrrrr.

Nampaknya aku dah mungkir janji dengan diri aku sendiri. Aku dah berjanji supaya lepas ni, aku akan kerap and lebih rajin update blog. But......yeah I failed to do that, so.

Bila difikirkan balik banyak benda yg buat aku rasa aku tak sempat nak update blog. Antaranya, aku dah form 5, and start tahun ni aku cuma boleh sentuh internet pada hari minggu jer, sabtu and ahad. But something keeps bothering me, everytime aku ngadap depan laptop, mak aku akan cakap "adek nanti baca buku yer". Every single time aku dudul depan laptop nak buat kerja or whutever. Itu buat aku hilang mood and feel like crap... Baru nak update blog/online/etc, dah spoil mood. Aku tak marah mak aku tegur aku macam tu, lagi pun benda baik yg mak aku suruh buat, bukan suruh aku buat maksiat or apa, kan?? Tapi...tu lah, lepas tu terus hilang mood.

And another is, masa. Time... I really need plenty of that shit. I mean...saturday and sunday... Wtf??! Sabtu waktu aku nak rehat/release tension/kendur2 kan urat2 saraf dekat otak aku ni yg dah kejung... Sampai ahad pulak?? Esok dah sekolah. Fck. Time sure waits for no one. 7 hari dalam seminggu, sangatlah tidak cukup. Kenapa tak 8 hari?? 5 hari sekolah, 3 hari cuti. Hahahaha gurau je. Kang ada yg cakap aku ni manusia yg tak bersyukur, manusia yg jahil, manusia yg tak kenang budi, manusia yg pentingkan diri sendiri. Ok, gurauan semata-mata,tiada kena mengena dengan anda or sesiapa yg membaca ni.

Dah kadang-kadang, aku dah ready nak update, but when it comes to writing it.... *POOF* semua idea hilang. Ilham and inspirasi semua lari bertaburan meninggalkan otak aku kesunyian dan kekosongan tanpa idea dan isi. Oh nooooooo. *Gaya ala-ala Azwan Ali*.

Maybe, kau orang yg baca ni, rasa macam... "Alah, alasan..."... Or maybe betul jugak cakap korang...maybe aku cuma malas untul gerak-gerakkan jari aku untuk menaip cerita-cerita yg aku nak update...

Maybe....

PUSH