Salam petang semua,
Sejak ada anak ni, semua kerja bertimbun. Buat itu, buat ini.... Arghhhhh stress!! Mana suami aku nih???! Hahaha jk. FYI. Bukan anak betul k, tapi anak kucing yang super cute sangat. *Sila tengok gambar tersebut. Trimas...
Tadi baru jer mandikan dia orang. Ahhh berkecah bilik air. Bising pulak tuh. Meowww meowwww. Sungguh mencairkan hati,comel sangat. And aku rasa, mandikan kucing antara kerja yg paling menyentuh hati. Tak sanggup aku tengok kucing2 tu mengiau, sebab kadang-kadang kita terpaksalah kan, kasar sikit. Sebab nak bersihkan badan, and gosok sana sini.
And ini bukan kali pertama aku bersih and mandikan anak kucing aku tuh. Kali pertama, ayah aku yg mandikan. Tak sanggup aku nak tengok, sebab kesian gilurrrrrr. Tak sampai hati. And kali kedua ni, aku nak try mandikan anak kucing aku. Yelah, yang bela kan aku, bukan ayah aku. Tapi....memang masa nak masukkan dalam besen tu, terpaksa pegang badan dia kuat-kuat, licin pulak tu disebabkan losyen syampu yg memang khas untung kucingkan... Memang TERpaksa berkasar sikit, walaupun tak sampai hati.
Aku harap aku tak tergolong dalam golongan pendera haiwan. Ya Allah, ampunilah dosa kuuuu!!!. Aku buat dengan niat baik, nak mandi nak bersihkan anak-anak kucingku. Tak bermaksud nak sengaja berkasar-kasar dengan diorang. Uhuk uhuk.
Note»»
So, korang ada haiwan peliharaan tak? Kalau ada, meh share-share apa haiwan peliharaan korang... And kalau baik hati, tolong bagi tips2 untuk jaga haiwan peliharaan dengan baik. Thank you.
Chuuu~
No comments:
Post a Comment