Happy Birthday Amy Lee of Evanescence. I Can't believe you're turning 31 now, but you're still looks 21 or 22. We Evanescence's Fan loves you guys so much. Thanks for creating such great songs and your songs has united us(your fans from all over the world). Thanks a lot, big hug for you. ♥ DIE HARD FAN OF EVANESCENCE
Nak lesen kereta je.. Boleh ?
Salam.
Woahh, sejuk, rasa macan nak hujan je. Tempat y'all ? Ok. Tak apa. Hmmm
Y'all semua nak tahu tak, aku sebenarnya belum ambil lesen motor lagi. *Ok gelak lah kuat-kuat. Sob sob Y.Y. BTW aku sebenarnya memang tak nak ambil lesen motor. Sebab ? Sebab kalau aku ada lesen motor pun, aku tak tahu nak jalan mana jauh-jauh. So aku decide nanti, aku nak ambil lesen kereta je.
Mak cik aku semalam datang rumah aku, lepas tu, dia tanya lah dekat aku "Dik, dah ambil lesen motor?". Aku pun tersengih dan jawab "Belum". Lepas tu Mak cik aku sambung cerita dia "Si Fikri dah dapat lesen motor dah, dah pergi merayau dia". *Fikri tu sedara aku. Aku just duduk diam je. Malas nak menyampuk apa-apa. SEBAB aku memang tak nak ambil lesen motor.
Kekawan aku minggu ni semua busy pergi ambil lesen motor, ada yang dah dapat dah pergi bandar, ada yang masih pergi kelas teori yang baru nak ambil lesen motor. Serious, aku dengar je, semua kekawan aku kecoh pasal lesen motor, buat aku rasa tak sedap hati. Rasa macam aku ni LOSER. Haha just sebab tak ada lesen motor. Well, aku ni pun bukan kaki jalan pun.
Peace out.
Y'all semua nak tahu tak, aku sebenarnya belum ambil lesen motor lagi. *Ok gelak lah kuat-kuat. Sob sob Y.Y. BTW aku sebenarnya memang tak nak ambil lesen motor. Sebab ? Sebab kalau aku ada lesen motor pun, aku tak tahu nak jalan mana jauh-jauh. So aku decide nanti, aku nak ambil lesen kereta je.
Mak cik aku semalam datang rumah aku, lepas tu, dia tanya lah dekat aku "Dik, dah ambil lesen motor?". Aku pun tersengih dan jawab "Belum". Lepas tu Mak cik aku sambung cerita dia "Si Fikri dah dapat lesen motor dah, dah pergi merayau dia". *Fikri tu sedara aku. Aku just duduk diam je. Malas nak menyampuk apa-apa. SEBAB aku memang tak nak ambil lesen motor.
Kekawan aku minggu ni semua busy pergi ambil lesen motor, ada yang dah dapat dah pergi bandar, ada yang masih pergi kelas teori yang baru nak ambil lesen motor. Serious, aku dengar je, semua kekawan aku kecoh pasal lesen motor, buat aku rasa tak sedap hati. Rasa macam aku ni LOSER. Haha just sebab tak ada lesen motor. Well, aku ni pun bukan kaki jalan pun.
Tapi yang pastinya, aku akan ambil lesen kereta SAHAJA :)
Peace out.
Segmen : Pencarian Blogger Baru
As'salammualaikum y'all.
Ohhh gosh, tadi sedang aku ber-BW aku ternampak satu blog tomeyhh tomeyhh berwarna PINK *psst my favorite color. And ternampak juga entry "Segmen : Pencarian Blogger Baru" yang empunya badan punya blog anjurkan. So rasa macam nak join pula. Siapa nak join sepayung ? Angkat tangan ! Yes ! Jom mulakan k : CLICK HERE TO JOIN !
My current followers:
Attention! Tarikh akhir : 31.12.12 *akan diupdate penganjur segmen jika ada perubahan
K. Goodluck joining in y'all.
Kelas Tambahan
Salam.
Hye semua. Memalam buta ni pulak jari jemari aku gatal nak menulis. Lagi lepas tengok cerita "The Butterfly Effect" memang mengancam betul. Susah aku nak cerita kan full movie. Tapi ni cerita pasal sorang budak ni, macam sorang budak ni, nama dia, Evan, dia ada sakit mental *bukan gila/halusinasi bla bla bla. Dia ada masalah dengan dengan memori dia, dia akan blackout dan bila dia bangun dia ada dekat tempat lain, dia konfius. Mak dia rasa "penyakit" dia mewarisi penyakit yg sama dengan ayah dia. Kali pertama dia blackout @ pengsan masa kali pertama dia jumpa ayah kawan dia Kelly dan Tommy.
Dan sejak itu, mak Evan bawa dia kepada pakar dan pakar mengatakan bahawa mungkin Evan hanya stress sebab dia "tiada" ayah. Ayah dia juga mengalami penyakit sama macam Evan, jadi dia dikuarantin kan dia hospital sakit jiwa. Pada suatu hari, dia dibenarkan jumpa dengan ayah dia, Jason. Pertama kali jumpa, ayah dia cuba untuk bunuh Evan, kemudian mati dipukul oleh sekuriti yg menjaga bilik melawat di hospital tersebut. Semua nya berjalan dengan baik selepas itu, sehingga dia meninggkat dewasa(masuk ke kolej) dia baca semua journal yang dia dah tulis sejak berumur 7, dan semuan memori kembali menghantui dia untuk membetulkan benda yang dia lakukan.
Evan akan pengsan bila terjadi sesuatu yang buruk, menyebabkan dia tidak tahu apa yang berlaku, tapi dengan bantuan journal yang dia tulis dia dapat mencari jalan yang betul untuk membetulkan masa silam atau memori dia. Dan pada part akhir, dia korban kan cinta dia pada Kelly kawan dia yang dia kenal sejak kecil untuk memperbaiki semua perjalanan hidup dia. Selepas kejadian dia tidak mahu mengenali Kelly, dia kembali normal.
OMG y'all, memang vass! cerita ni, tak cukup masa aku nak tulis sinopsis semua nya. Tapi memang best. Cerita ni dikeluarkan tahun, 2004. Aku pun tak tahu apa yang cerita ni buat sampai aku rasa tersentuh sangat. Maybe jalan cerita dia. Pada mula aku start tengok cerita ni, aku rasa blank, tak faham satu pun. Tapi sampai part-part yang dia pengsan, and dia ada pada masa yang lain, macam selepas kejadian buruk berlaku, dia akan pengsan dan dia akan terjaga pada masa lain. Dan "pada masa lain" tu lah macam result atau kesan yang akan terjadi selepas kejadian buruk yang berlaku tu. Jadi dengan bantuan journal yang dia tulis, dia akan baca journal tu, dan suasana keliling dia akan jadi blurry dan dia terjaga pada waktu atau kejadian yang berlaku pada bahagian yang dia baca pada journal dia.
Faham tak ? Tak apa kalau tak faham. Sebeb aku pun kurang jelas at first.
So y'all. Ini lah kerja aku waktu cuti, tengok movie. Tapi pelajaran tetap jalan juga, mak ayah aku cadang aku ambil tusyen dekat Parit Raja. At first, macam "errr perlu ke ?" Tapi bila difikirkan balik, tak kan sepanjang cuti ni otak aku kosong je kan. Lagi pun alhamdulillah, kawan sekolah aku pun ada juga yang tusyen dekat situ, so tak berapa awkward sangat. Cikgu dia ok, semua pelajar dekat situ pun ok.
Aku cuma ambil 3 subjek, yang aku rasa lemah : Fizik, Kimia and Addmath. Tiga subjek ni je yang aku perlu cover, kalau boleh cover, subjek lain tak ganggu aku sangat. Sebab, serious, selama aku form 4 aku ambil exam ni, tak pernah lulus. So aku just try nak pass jer. In shaa Allah tahun depan aku buat yang terbaik :)
K.
Setelah sekian lama meninggal....
Salam ' alaikum...
Seperti biasa, setelah sekian lama aku meninggalkan dunia blog ni, ayat yang paling "cliche" setiap kali aku kembali menulis ialah "blog aku semakin berhabuk dan bersawang" "rindu sangat sangar dekat blog ni" etc etc.
Tapi kali ini tidak, aku sudah berazam akan merajinkan diri aku untuk terus meng-update blog ini dengan cerita yang nonsense dah tak masuk dek akal, tak kiralah korang paham atau tak. Heh. FYI tahun depan aku akan berdepan dengan Exam BESAR GILA KHINZIR ! Aku rasa korang semua dah tahu kan ? Yes, SPM ! Wait, makin nak masuk form 5, tetiba makin rajin nak meng-update blog pulak. Haih.
Yup, aku akan tetap update, tapi tak lah 24/7 macam full time blogger tu kan, sentiasa memenuhi laman blog mereka dengan entry-entry yang Hot lagi hangat dan hangit lagi menghanguskan. Aku akan update, when I have the time, masa-masa kosong, hari-hari minggu, mungkin aku akan menulis di blog ini.
Seperti yang aku cakap tadi, tahun depan aku akan mengambil peperiksaan SPM, dan waktu cuti ni pulak, aku banyak menghabiskan masa dengan...
online facebook, layan youtube, ber-tweet, update tumblr, ngendap blog orang, download lagu, download movie, dengar lagu/mp3, tengok tv, makan, minum, berak, kencing, tidur etc etc etc.
Jap, dalam banyak-banyak tadi tu aku tak letak pun baca buku aek ? Oh kejam. Kesian buku. Ye, cuti ni aku langsung tak sentuh buku, dah naik berhabuk macam blog aku nih. Yang aku baca, majalah je lah. Memang "masuk periksa" kan, apa yang ada dalam majalah tu. Haha nanti kat kertas soalan periksa tu tanya pasal artis mana yang menang award ni, artis mana yang break bla bla bla. Hohoho, kalau sekolah buat macam tu, memang semua A+.
Macam biasa, cuti-cuti ni kalau tak pergi melancong, tak pergi rumah saudara mara, aku just pi Mall je. Yes, BP Mall. Nama penuh : Batu Pahat Mall. Detail-detail lain silalah google, aku tahu nama dia jer, Hahaha. Pergi Mall buat apa ? Biasanya pergi dengan kawan-kawan, selalu pergi tengok Movie, karok, makan, dating *ops, ok belum sampai tahap tu lagi ok. Aku still suci, hati aku belum jadi milik sesiapa lagi, ehem, kalau you girls nak, i open jer. Hehe gatai !! Dah mak tarik telinga. OUCH !
Tapi, aku tengok kekawan aku semua syiok je, pergi jejalan dengan family diorang. Untunglah, family diorang maybe tak kerja. Macam family aku, time aku sibuk cuti, diorang sibuk mencari duit untuk anak-anak dia, hehe aku lah tu. Tak apa lah, bagi aku duduk rumah pun best WHAT ?! Bagi aku cuti ni, REHAT. So, duduk rumah, buat lah kerja yang ko nak, asal kan tak stress. CHILLEX !!
Ok brah, sampai sini je.... bye xoxo
SEGMEN BLOG SAYA HEBAT
Assalamualaikum...
Entry saya yang pertama selepas beberapa hari meninggalkan dunia.....ber-blogging nih. Heheh, buat cuak jer. Ok, berbalik kepada main story, saya telah menyertai sebuah segmen yang telah dianjurkan oleh beliau. Kalau kamu semua ingin menyertai atau mahu maklumat lebih lanjut, click lah banner dekat atas tu dan secara automatik anda akan ke laman blog beliau. Sila klik SINI & SINI.
Seperti syarat yang telah ditetapkan oleh beliau, saya wajib "menceritakan tentang kehebatan blog" saya. Ok, saya mulakan lah ae. Blog saya tak adalah hebat sangat, sebab kalau nak dibandingkan dengan blog beliau, blog beliau jauh lebih hebat, lebih cantik dan lebih 'MELETOPzzz' *ala ala Azwan Ali*. Bagi saya blog saya hanya simple simple saja, anda sendiri boleh menilai blog saya hebat atau tidak.
Blog saya tidak ada tutorial, freebies, etc etc, seperti blog blog otai yang sentiasa meng-update tutorial bagi mencantikkan blog. Tapi mungkin kulit baru blog saya ini agak sedikit menyerlah setelah sekian lama meng-edit. Kerana saya memang kaki meng-edit dan bukan kaki meng-update. Setiap kali menukar kulit blog saya, saya akan share bersama kawan-kawan, dan kawan-kawan saya juga memuji dan menyukainya kerana mereka suka meluhat blog saya. Bukan itu saja, mereka juga ada meminta saya meng-edit dan menghias blog mereka. Saya memang minat meng-edit blog sebenarnya. ;)
Jadi dengan pujian mereka semua, membuatkan saya merasa blog saya agak HEBAT jugak lah. Hehe :)