Kelas Tambahan

Salam.



Hye semua. Memalam buta ni pulak jari jemari aku gatal nak menulis. Lagi lepas tengok cerita "The Butterfly Effect" memang mengancam betul. Susah aku nak cerita kan full movie. Tapi ni cerita pasal sorang budak ni, macam sorang budak ni, nama dia, Evan, dia ada sakit mental *bukan gila/halusinasi bla bla bla. Dia ada masalah dengan dengan memori dia, dia akan blackout dan bila dia bangun dia ada dekat tempat lain, dia konfius. Mak dia rasa "penyakit" dia mewarisi penyakit yg sama dengan ayah dia. Kali pertama dia blackout @ pengsan masa kali pertama dia jumpa ayah kawan dia Kelly dan Tommy. 


Dan sejak itu, mak Evan bawa dia kepada pakar dan pakar mengatakan bahawa mungkin Evan hanya stress sebab dia "tiada" ayah. Ayah dia juga mengalami penyakit sama macam Evan, jadi dia dikuarantin kan dia hospital sakit jiwa. Pada suatu hari, dia dibenarkan jumpa dengan ayah dia, Jason. Pertama kali jumpa, ayah dia cuba untuk bunuh Evan, kemudian mati dipukul oleh sekuriti yg menjaga bilik melawat di hospital tersebut. Semua nya berjalan dengan baik selepas itu, sehingga dia meninggkat dewasa(masuk ke kolej) dia baca semua journal yang dia dah tulis sejak berumur 7, dan semuan memori kembali menghantui dia untuk membetulkan benda yang dia lakukan.


Evan akan pengsan bila terjadi sesuatu yang buruk, menyebabkan dia tidak tahu apa yang berlaku, tapi dengan bantuan journal yang dia tulis dia dapat mencari jalan yang betul untuk membetulkan masa silam atau memori dia. Dan pada part akhir, dia korban kan cinta dia pada Kelly kawan dia yang dia kenal sejak kecil untuk memperbaiki semua perjalanan hidup dia. Selepas kejadian dia tidak mahu mengenali Kelly, dia kembali normal.


OMG y'all, memang vass! cerita ni, tak cukup masa aku nak tulis sinopsis semua nya. Tapi memang best. Cerita ni dikeluarkan tahun, 2004. Aku pun tak tahu apa yang cerita ni buat sampai aku rasa tersentuh sangat. Maybe jalan cerita dia. Pada mula aku start tengok cerita ni, aku rasa blank, tak faham satu pun. Tapi sampai part-part yang dia pengsan, and dia ada pada masa yang lain, macam selepas kejadian buruk berlaku, dia akan pengsan dan dia akan terjaga pada masa lain. Dan "pada masa lain" tu lah macam result atau kesan yang akan terjadi selepas kejadian buruk yang berlaku tu. Jadi dengan bantuan journal yang dia tulis, dia akan baca journal tu, dan suasana keliling dia akan jadi blurry dan dia terjaga pada waktu atau kejadian yang berlaku pada bahagian yang dia baca pada journal dia.


Faham tak ? Tak apa kalau tak faham. Sebeb aku pun kurang jelas at first.


So y'all. Ini lah kerja aku waktu cuti, tengok movie. Tapi pelajaran tetap jalan juga, mak ayah aku cadang aku ambil tusyen dekat Parit Raja. At first, macam "errr perlu ke ?" Tapi bila difikirkan balik, tak kan sepanjang cuti ni otak aku kosong je kan. Lagi pun alhamdulillah, kawan sekolah aku pun ada juga yang tusyen dekat situ, so tak berapa awkward sangat. Cikgu dia ok, semua pelajar dekat situ pun ok.


Aku cuma ambil 3 subjek, yang aku rasa lemah : Fizik, Kimia and Addmath. Tiga subjek ni je yang aku perlu cover, kalau boleh cover, subjek lain tak ganggu aku sangat. Sebab, serious, selama aku form 4 aku ambil exam ni, tak pernah lulus. So aku just try nak pass jer. In shaa Allah tahun depan aku buat yang terbaik :)


K.

No comments:

PUSH