Nak lesen kereta je.. Boleh ?

Salam.



Woahh, sejuk, rasa macan nak hujan je. Tempat y'all ? Ok. Tak apa. Hmmm


Y'all semua nak tahu tak, aku sebenarnya belum ambil lesen motor lagi. *Ok gelak lah kuat-kuat. Sob sob Y.Y. BTW aku sebenarnya memang tak nak ambil lesen motor. Sebab ? Sebab kalau aku ada lesen motor pun, aku tak tahu nak jalan mana jauh-jauh. So aku decide nanti, aku nak ambil lesen kereta je.


Mak cik aku semalam datang rumah aku, lepas tu, dia tanya lah dekat aku "Dik, dah ambil lesen motor?". Aku pun tersengih dan jawab "Belum". Lepas tu Mak cik aku sambung cerita dia "Si Fikri dah dapat lesen motor dah, dah pergi merayau dia". *Fikri tu sedara aku. Aku just duduk diam je. Malas nak menyampuk apa-apa. SEBAB aku memang tak nak ambil lesen motor.


Kekawan aku minggu ni semua busy pergi ambil lesen motor, ada yang dah dapat dah pergi bandar, ada yang masih pergi kelas teori yang baru nak ambil lesen motor. Serious, aku dengar je, semua kekawan aku kecoh pasal lesen motor, buat aku rasa tak sedap hati. Rasa macam aku ni LOSER. Haha just sebab tak ada lesen motor. Well, aku ni pun bukan kaki jalan pun.

Tapi yang pastinya, aku akan ambil lesen kereta SAHAJA :)

Peace out.


No comments:

PUSH