gengblogger.com ??



apa ni . buat semak je la nak bukak blog aku .
susah . dah ler aku tak ingat user name and whtever tuh ..

susah-susah

paling popular dikalangan remaja sekarang :


hy uols . sekarang ni aku tengok benda-benda ni semakin popular dikalangan remaja
nak tau apa . terus kan membaca .



ok . first aku tengok benda alah ni . memang popular la kan . sebab besar and nampak "kaya" siapa yang pakai benda alah nji . kalau bawak pi mana-mana pun orang pandang tinggi . lain la orang macam aku . pakai olympus jer . orang pandang rendah . budak sekolah aku ramai yang pakai camera ni . naik "jeles aku " . nak jugak . tapi cikgu aku cakap . orang yang pakai camera "basau" ni tak pandai math . sebab cuma tau 1,2,3 jer .. tiap kali nak amek gambor mesti "1..2..3...snap" ada ker orang kira sampai seratus . penat nak mem"posing"kan diri yer tak .

amboi cantek nyer awek ni , gambo ni aku curi(pinjam) dari Shawlsayucinta . hehe pinjam yer kak manis . aduh malu aku . grr .aku tengok memang popular dalam kalangan remaja wanita la . ada ker laki pakai ni ? ada . sapa cakap takda . sapa cakap ? well kadang-kadang kau tengok . mnacam pakai dua tudung . makna nya dia pakai dua kali tudung . tapi mungkin satu jer kot . pas uh dililit-lilit , di pusing-pusing sampai jadi macam tudung . or whtever u gurl say . aku bukan nya expert sangat pasal shawl-shawl ni . sorry not interested ...

ok . seriously aku tak minat pasal benda yang ber-motor ni . so just tengok je la gambo tu . and kalau korang tengok FB budak laki yang malas nak letak gambo dia orang kan . dia orang akan letak gambo motor (yang bukan milik dia orang ) cuma kidnap picture dari yahoo! jer . kah--kah .
same here !

jam g-shock . OMG serious aku memang jeles dengan bebudak-budak yang pakai jam ni . and belagak macam bagus jerk . dia pikir anak datuk la , dah pakai jam tu . macam taiikkk !!
and aku tengok dia orang pakai , tiap-tiap hari mesty bertukar-tukar . pink , blue , purple and whtever .
coz i don't wanted to know . aku rasa dia orang tak geti nak tengok jam . so dia orang suruh orang lain "tengok" jam dia . omg . pathetic !!!
just waste ur time , darling

omg . cute domo-kun i luvvy-wuvvy !!!
semua remaja skang memang tertarik suda dengan kartun domo ni . aku pun tak tau . sebab ada budak skola aku tu siap ada beg domo suda. eleh nak showing kat q plak ., sorry aku tak layan lorh . aku boleyh buat sendiri kau tau tak , super simple .and siap ada budak skola aku buat button domo . omg .
senang citer semua yang related dengan domo disukai ramai !!!
ha--ha

urmmm nothing to be displayed
not a LOVERS , but a HATERS

ENDZZ

HATERS versus LOVERS k-pop


click gambar *besarkan

fenomena selepas aku buat entry pasal kpop blah blah blah tu .
timbul la satu dialog yang menyatakan k-pop tu "BGUS *LA SANGAT" antara HATERS dan LOVERS

kalau tak aku nak sambung senarai
kenapa aku tak suka K-pop ?
tapi dah terlambar


v

v

v
v

v

v
v
v
v
v


v

v
v
v
v




v
v
v
v
v





v



v

v

v




v




v


v





v
v




v

v
v
v
v
v

v
v
v
v

v



v
v
v


v


v
v
v
v

v
v
v

v

v

v

v

click gambar *besarkan

eww -----> k-pop

farah birthday w00t--w00t


click gambar untuk dibesar kan

i jusat wanna say "happy birthday"
to my bff *fara

aku dah lama tak sambut birthday fara . sejak dah masuk era remaja . dimana semua geng-geng aku berpecah dan memilih jalan masing-masing . but still keep in touch in Facebook . selamat ada fb . klu tak , tak tau la perkembangan geng-geng aku nih .

masa sekola rendah dulu selalu "together-gether" dengan geng . ramai sebenar nya geng aku ,
senang citer cam ni la :
 " kawan biar beribu , cinta biar satu "
sebab tu kalau ada orang yang kita tak kenal kat FB nak add kita . kita add jer . sebab kan nak request jadi kawan/rakan . so biar sampai beribu kawan korang kat FB tuh .

amboi aku ni bermadah pula .*ala tak pa la bukan selalu pun .
kih--kih ..

dulu aku ngan fara rapat juga la . and kalau tidak aku ikut dia ngan geng-geng yang lain pi sekolah yang sama . tapi masa berubah . and orang juga berubah . tak kan kita nak duduk bawah ketiak kawan kita yang sama jer kan . time to change . time to explore to other places . and try new friends. and aku tengok pun dia ada kawan baru juga .




but still . kawan lama jangan dilupakan ,

fara bff ~

AMY LEE as MTV's profile picture


click untuk besarkan gambar*

OMG AMY LEE from EVANESCENCE .

MTV

asal FACEBOOK ni !!


click untuk dibesar kan gambar

penat la aku nak taip code-code bengong ni !!
asal la aek ? dah ler kuar memacam .

sejak bila ntah jadi macam ni . dulu nak share pape ok jer . tak de error macam ni pun ,
suweeei betul la !!

--------------->

nak jer aku tulis "F#%K U !"

nanty kang dia balas balik
"F#%K U TOO !!"

kah--kah

citer hot SMKDM*


click untuk dibesar kan gambo nyer ...

ok . sebenar nya kat sekolah aku ri tu kecoh ngan budak-budak yang maki-maki cikgu kat laman web sosial FACEBOOK ...

jeng-jeng-jeng-->

habis la ko Mark Zuckerberg . ni semua salah ko . sapa suruh buat FB ni !!
nak kaya jer kerja ko aek !! duit bukan nya nak payung kat aku pun . makan duit sorang-sorang . selamat aku orang melayu makan ulam jerk memanjang .

tapi aku rasa citer ni dah semakin "senyap" . maksud aku dah tak da citer agi la kan .
tapi still "in-the-air" .

masa perhimpunan hari tu . cikgu panggil budak yang kecoh-kecoh maki cikgu kat FB .
3 orang *rasa nya kot . dia orang kena panggil ke bilik guru displin / pengetua and dll .

Azzizul
Sy'sya
My-sara

uhuuhuhu
semua ni kawan-kawan aku . aduyai . aku nak join jugak . tapi sebenar nya ramai jugak la . budak-budak laki and pompuan nya tu . cuma aku tak ambil "port" jer pasal dia orang tu . sbb aku tak kenal .,
and seriously aku jeles gila . aku nak join gak komen-komen maki uh . tapi tak sempat . sebab mungkin dia orang mula malam . aku tak boleh online malam . sebab ada kakak aku . siooot r !!!

tapi kata kawan aku . tak yah . sebab kes ni dah dibawa ke polis . tatoot aku !!!
and budak-budak yang kena tu semua nya minta maaf kat cikgu (yang kena maki) . takut nanti kena buang/gantung school . agak nya la .

and laptop kawan aku 3 orang tu kena rampas balik . kesian .


ni dialog aku dengan kawan aku yang terlibat dalam kes tu jugak :

click untuk dibesar kan gambo nyer ...

blog theme : Domo-kun !



domo-kun .
sekarang ni memang tengah popular kat sekolah aku .
lagi pulak ada kawan aku yang jual brooch domo-kun . sapa-sapa yang nak pi la erk tengok FB dia
Nazihah Idrus .

bukan dmo jerk yang dia jual . tapi banyak agy . semua gambar cartoon ,
cute-cute semua nya . terliur aku .

so sejak memang popular domo-kun ni !!
aku pun ambil keputusan nak buat tema blog aku "Domo-kun"
memang cute betul (perasan !!!)

semua nya domo. naik demam domo kot aku ni .
ayoyai !!!

kalau korang tengok pun sekarang ni banyak merchandise Domo sekarang ni .
beg Domo , bracelet Domo . dan lain-lain .
even fashion pun domo jugak . t-shirt . 

SEMUA NYA ,
MELEKAT GAMBO BINATANG MULUT TERNGANGA !!
kah--kah

tak dapat tengok astro !!!



shit !!
now i'm bored !!

no astro !!!

what happen . tadi aku tengok ok jer . pas uh tetibe jer tak bole bukak .

sampai hari jumaat la aku boring nanti .

Rahsia disebalik kejayaan orang yang tidak sembahyang



aku kekadang pelik tau . kenapa orang yang jahat-jahat tu selalu berjaya dalam hidup . aku ni (tak ler berapa baik sangat , tapi kategori baik juga la) susah sangat . everytime test, exam mesty aku FAIL !! kenapa aek ? salah tuhan ker ? or aku yang tak berusaha ? aku berusaha jugak . kawan aku yang jaha-jahat tu semua nya aku tengok sambil lewa jer . tapi berjaya .

read this

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.




Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

credithttp://www.akalemosi.com/2011/01/rahsia-disebalik-kejayaan-orang-yang.html
PUSH