Asal Nama Penyanyi Country, Taylor Swift.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Taylor Swift menutup tirai konsert jelajahSpeak Now World Tour bersama sahabat karibnya dan seorang penyanyi, James Taylor.
Penyanyi berusia 21 tahun itu turut mengundang penyanyi terkenal yang juga kekasih penyanyi Justin Bieber, Selena Gomez ke konsertnya di stadium Madison Square Garden di sini kelmarin.
Swift berkata, ibu bapanya memberinya nama sempena nama penyanyi James Taylor itu.
Dia kemudian menyanyikan lagu popular Fire and Rain secara duet dengan James.
Taylor turut memetik gitar semasa Swift menyanyikan lagunya, Fifteen.
Terdahulu, Gomez menyertai penyanyi irama country dengan kedua-duanya berduet menyampaikan lagu popular Gomez, Who Says.
Konsert Swift sebelum ini menampilkan beberapa tetamu undangan termasuk Nicki Minaj, Usher, T.I. dan Jason Mraz. - Agensi


Credit : KOSMO


>>KLIK<<
>>KLIK<<

No comments:

PUSH