Greyson Chance: Malaysia sebuah negara yang bersih


11 Nov – Setelah berjaya memukau kira-kira 45 juta penonton di YouTube menerusi video persembahan lagu terkenal nyanyian Lady Gaga berjudul "Paparazzi" ketika festival muzik gred enam, Greyson Michael Chance mula dikenali ramai dalam sekelip mata.
Mengetengahkan persembahan vokal mantap serta skil bermain piano, remaja berusia 14 tahun ini yang kini berada di Kuala Lumpur untuk siri promosi Greyson Chance Live In Malaysia dibawakan oleh Universal Music Malaysia dan TuneTalk Mobile Prepaid ternyata teruja bercerita tentang pengalaman pertamanya menjejak kaki di sini.
"Walaupun terpaksa mengharungi perjalanan yang mengambil tempoh masa lama dan memenatkan tetapi saya sangat teruja. Malaysia adalah sebuah negara yang bersih, mempunyai banyak pokok dan cantik," ujar Greyson ketika sidang media yang diadakan di Hotel J.W Marriott Kuala Lumpur semalam.
Mengambarkan dirinya sebagai seorang yang gemarkan kelainan, ia juga telah mencetuskan idea untuk menyanyikan lagu Lady Gaga meskipun ada yang beranggapan ia tidak sesuai didendangkan oleh remaja seusianya.
"Muzik Lady Gaga sangat berbeza dan saya cukup menyukainya. Jadi saya merasakan, mengapa tidak saya menyanyikan lagu tersebut semula? Apabila saya menyuarakan idea kepada guru koir, dia tidak yakin bahawa saya mampu lakukan. Namun dia bersetuju juga akhirnya.
Greyson turut memberitahu idea untuk memuat naik video tersebut hanyalah bertujuan untuk tontonan kawan-kawannya sahaja tanpa menyangkakan ia akan mendapat hits sedemikian.
"Pada mula saya mengharapkan akan mendapat sekurang-kurangnya seribu penonton. Namun tidak sangka dalam masa dua minggu ia telah berjaya mencatat dua juta penonton kini hampir mencecah 45 juta.
Selain mengadakan persembahan di KL Live, Life Centre malam ini, remaja kelahiran Texas yang baru merilis album pertama berjudul "Hold On 'Til The Night" Oktober lalu akan turut menghiburkan peminatnya di 1Borneo Hyper Mall, Kota Kinabalu pada 17 November 2011, jam 8.30 malam.


2 comments:

ShahzCudin said...

hoh! xpernah tahu pon mamat nih..nk cri kt YT kjp lg..

caer sasuke said...

waiting outside the line..pergh best2

PUSH