Huh Stress. Oh Nooo !! Rasa End Year Ni Mesti Ramai Yg Stress Kan. Yg From 2 Naik Form 3, Risau Pasal PMR. Form 3 Dah Nak Dekat Ambil Result, Nak Mohon Sekolah Bagai. Yang Form 4 Naik Form 5, Risau SPM. Parent Sibuk Dengan Persiapan Anak Baru Nak Naik Sekolah, Sambung Sekolah, Anak Pulak Kembar 3. Adoi Stress Kuasa3 Lah Jawab Nya.
Aku Pun Sebenarnya Stress Juga, Sebab Dah Nak Naik Sekolah Ni, Rindu Kawan2, Walaupun Masih Boleh Jumpa, Tapi Mybe Makan Masa Yg Panjang Bagi Mereka Yang Duduk Jaoh/Asrama. Berapa Kali Dalam Sebulan Jer Boleh Balik, Kadang-kadang Tak Dapat Balik, Stay Sampai Cuti Penggal, Baru Dapat Balik. Yang Kawan-kawan Yg Dekat Pulak Nak Pi Jauh. Lagi Stress.
Macam Tu Lha Hidup Seorang Remaja Macam Aku Ni. *sigh
Jangan Risau Ni Ada Beberapa Cara Nak Hilangkan Rasa Stress *Eco-Friendly Way.
KETAWA
tidak ada cara yang lebih murah dari ketawa. menurut dr.frederick goh dalam bukunya the metabolic apocalypse dengan ketawa 15 minit setiap hari ia sudah dapat membaiki aliran darah ke hati.
URUTAN SENDIRI
lakukan sendiri untuk menghilangkan rasa pening. urut secara lembut titik-titik akupuntur pada sekitar hidung, tepi mata untuk melegakan rasa tidak selesa.
JALAN
dr. pamela peeke penulis body for life for woman menyarankan supaya berjalan lebih kurang selama 10 minit untuk menenangkan tubuh badan yang sedang stress.
TIDUR
usahakan mendapat tidur yang tenang untuk mengurangkan kegelisahan pada waktu pagi. untuk mendapatkan tidur yang lena, panaskan segelas susu dan campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu. minum sebelum masuk tidur.
SEKS TERATUR
lakukan seks secara teratur dengan pasangan (yang sah ye). hubungan intim bila dilakukan dengan penuh kasih sayang dan cinta dapat meleraikan segala ketegangan. sejumlah kajian membuktikan seks yang sihat akan memberi kesan fizikal. mood juga akan jadi lebih baik.
CIUMAN
bercium dengan pasangan membuatkan tubuh menjadi lebih rileks, hangat dan penuh dengan cinta dan kelembutan serta menimbulkan gelombang otak dan perubahan kimia yang lain. manfaatnya sama seperti selepas bermeditasi.

WUDU'
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.
MEMBACA AL-QURAN
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.
SOLAT SUNAT
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.
DOA
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.
BERSANGKA BAIK
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
SUKAN
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.
DIET
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.
MENANGIS
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
HARGAI KEBOLEHAN DIRI
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
CINTAI DIRI SENDIRI
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya
1 comment:
yg tido tu yg best..xstress pun tido....hahaha..
Post a Comment