Owl Necklace Sekarang Memang Popular Dan Juga Telah Menjadi Trend Anak-anak Muda Sekarang Ni Dengan Bentuknya Yang Cute. Tambahan Pula Menjadi Aksesori "Wajib" Kepada Remaja.
*err?
Sekarang Dah Jadi Isu Pasal Owl Necklace Ni Haram Pasal Ada Unsur Freemason Dan Sebagainya. Jom Baca Kisah Sebenarnya.
Rantai burung hantu haram bukan kerana Freemason!
Tidak wajar mengaitkan haram sebab Freemason
Tidak dinafikan, pergerakan Freemason ini memang wujud. Hukum memakai pakaian atau perhiasan yang memaparkan lambang persatuan dan simbol agama lain adalah haram. Tetapi, untuk mengaitkan rantai burung hantu itu haram disebabkan Freemason adalah tidak wajar. Jika rantai burung hantu haram disebabkan ada unsur freemason, adakah ini bermakna memakai rantai naga, cicak tokek atau binatang yang lain adalah halal? Dan jika selepas ini Freemason menyelitkan gambar ayam, adakah ayam haram dimakan dan Radix Fried Chicken terpaksa ditukar kepada Radix Fried Duck? Ayamas ditukar kepada Itikmas?
Haram dipakai sebab dilarang dalam Islam
Bagi lelaki, segala jenis rantai adalah haram dipakai. Bagi wanita, bukan setakat rantai burung hantu yang haram dipakai. Segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang dimuliakan yakni di tubuh badan kita. Sedangkan teddy bear pun haram disimpan di dalam rumah. Tapi, berapa ramai awek-awek yang simpan di atas almari dan di hujung katil? Apabila patung-patung tersebut diletakkan sebagai perhiasan, perbuatan tersebut adalah haram. Malah, Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung.
Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa)” (Hadis riwayat Muslim)
Tetapi, untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran atau mainan kanak-kanak, hukumnya harus. Soalnya sekarang ialah bab perhiasan.
Nabi SAW bersabda. Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat An-Nasai’e)
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)
Jadi, apa tujuan anda memakai perhiasan dengan ukiran macam tu jika bukan untuk menunjuk-nunjuk? Berhiaslah secara ala kadar. Orang yang suka berhias secara berlebihan ni biasanya orang yang tidak menutup aurat dan tidak bersolat. Kalau pakai tudung dengan sempurna, macam mana nak tayang rantai tu kan? Kalau warnakan kuku dan rambut, macam mana nak solat kan? Bukan setakat wuduk, mandi wajib pun tak sah.
No comments:
Post a Comment