Lunar Eclipse - 10/12

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)

Cara Solat Kusuf :


Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat menjadi makmum kerana Allah


1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.
2. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
Mari kita azam bersama-sama untuk mengerjakan solat kusuf yang hanya berlaku sesekali sahaja dalam seumur hidup kita sebagai tanda kita hamba yang kerdil mengagungkan kebesaran Allah swt. Insyallah 2 jam yang kita tinggalkan kerja dan dunia untuk sementara akan dibalas Allah dengan pahala dan imbuhan diluar jangkaan pemikiran kita.


cara melihat gerhana click

click ME ME ME


No comments:

PUSH