Februari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan tentang dasar satu murid satu sukan. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah.
Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.
Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Ramai ibubapa yang membantah dasar satu murid satu sukan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran mulai tahun depan kerana menganggap dasar yang diperkenalkan itu tidak mempunyai manfaat yang besar serta menganggu kemajuan pendidikan dan pembentukkan sahsyiah murid.
Disamping itu, ibubapa yang ditemui dalam tinjauan pendapat Pahangkini.net, disekitar Bandar Temerloh, sebentar tadi kesal kerana teralu banyak dasar yang diperkenalkan kementerian selama ini gagal mengatasi masalah moral tetapi itu tidak diberikan penekanan secara serius.
Menurut mereka sukan bukanlah jawapan yang tepat untuk melahirkan masyarakat pelajar yang bijak dan bermoral. Berdasarkan penjelasan yang diberikan kementerian terhadap isu yang berbangkit kami ragui kejayaannya. Malahan, kami berkeyakinan mutu pendidikan di sekolah akan menurun dan pembentukkan sahsyiah murid akan bertambah hancur.
Kementerian Pelajaran semalam memutuskan perlaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan disekolah mulai tahun hadapan termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukan untuk kokurikulum
Menurut bekas guru sukan Zubir Omar, dasar yang ingin diperkenalkan itu adalah sangat kabur tujuan dan matlamatnya kerana ia melibatkan semua pelajar melalui pendekatan 1 murid 1 sukan adalah tidak munasabah.
“Kita bersetuju agar murid yang berminat dengan sukan diaktifkan kegiatannya tetapi untuk mewajibkan semua murid terlibat adalah tidak munasabah. Kecenderungan setiap murid adalah tidak sama, ada yang terganggu pelajarannya kerana aktiviti bukan bersifat akademik.
‘Itu belum lagi kita bicarakan soal penat mereka, hilang tumpuan kepada pelajaran, soal belanja ibubapa yang pastinya terbeban dan sebagainya. Sebab itu kita tidak menyokong dan mahu kerajaan membuat kajian lebih mendalam terlebih dahulu,” katanya
Pesara Guru Abdul Majis Hassan mahu kerajaan memberikan fokos utama terhadap masalah yang berlaku disekolah seperti keruntuhan moral dan gengseterisme
“Kerajaan sepatutnya focus terhadap masalah besar yang berlaku di sekolah yang membabitkan masalah moral, keruntuhan akhlak dan gensterisme. Kita telah ada dasar sukan. Apa yang perlu perkasakan sahaja kegiatan sukan, tak perlu ada dasar yang baru. Ini menunjukkan kerajaan tidak focus kepada masalah sebenar yang melanda system pendidikan Negara kita,” katanya.
Puan Siti shamsuddin pula berkata pendekatan I murid 1sukan tidak munasabah dilaksanakan kerana ia pastinya akan menganggu proses pembelajaran murid di sekolah-sekolah.
“Kita pun tak tahu apa matlamat yang sebenar yang ingin dicapai Kementerian Pelajaran. Kalau dasar yang ingin diperkenalkan itu sudah bercelaru dan kabur susahlah,” katanya.
source >
Read more: http://pahangkini.net/berita/berita-nasional/103-dasar-1-murid-1-sukan-kementerian-perlu-buat-kajian-mendalam#ixzz1E6zpSKuF
No comments:
Post a Comment