Uji bakat cari watak Loloq


ALLAHYARHAM LOLOQ
MEREMANG bulu roma Diva bila kata ada konsert penghargaan untuk penulis lirik terkenal, Allahyarham Loloq akan dilangsungkan di Istana Budaya selama tiga hari bermula 22 hingga 24 April nanti.
Senarai utama seperti M. Nasir, Ella, kumpulan Spider dan Ramli Sarip katanya sudah pasti akan terlibat. Pening Diva dibuatnya apabila penganjur Global Network Entertainment tengah rancang untuk pentaskan satu drama sempena konsert itu.
Nama pun konsert untuk Loloq, kenalah ada pelakon yang akan bawa watak itu nanti.
Tidak mahu ambil mudah, pihak penganjur akan adakan satu uji bakat untuk mencari pelakon yang sesuai untuk bawakan watak figura besar itu.
Lagipun, Diva dengar ini projek besar, kenalah buat betul-betul memandangkan karakter isteri Loloq dalam drama itu akan dijayakan sendiri oleh isteri arwah Loloq, Hariah Yaacob.
Siapa yang rasa ada iras-iras dan karakter macam Loloq, datang uji bakat pada 26 Februari nanti di Istana Budaya, dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Diva: Tahniah buat penyanyi Siti Sarah dan Shuib Sepah yang akan bernikah pada 26 Februari, Sabtu depan di Bangsar.


sumber>
KOSMO!


No comments:

PUSH