best cngat ker citer nih ??



SEKALUNG tahniah untuk Filmscape kerana memberikan sebuah karya yang menarik di dalam slot Akasia di TV3 yang berakhir kelmarin. Kalau dilihat dari segi tajuk Tiramisu memang tidak berapa menarik pun tetapi setelah beberapa hari menonton drama itu, saya mula melekat di hadapan televisyen setiap jam 7 malam dari Isnin hingga Khamis. 

Sebelum ini saya tidak minat melihat lakonan Amani dan Piere Andre. Pada awal penyiaran drama ini, saya berebut menukar saluran kerana anak-anak yang meningkat remaja gemarkan cerita sebegini.
Saya yang kalah terpaksa menonton drama ini. Tidak sangka lakonan Amani dan Piere menjadi.

Seronok tengok gelagat mereka dan terbayang zaman filem ketika Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustapha digandingkan bersama yang begitu menjadi ketika itu. Saya sendiri tidak menyangka berasa sedih apabila Melur terpaksa menerima hakikat bahawa Dani memilih Tina daripada dirinya. 

Saya tidak menyangka drama Melayu boleh setanding drama Korea apabila cerita membabitkan cinta yang tidak terluah. 

Apa hebatnya drama mereka berbanding dengan Tiramisu? 


hmmm ???



sumber >





No comments:

PUSH