Miley ada tatu kelima

MILEY CYRUS mendedahkan tatu kelimanya di tulang rusuknya semasa dia memakai baju berlubang di Hollywood baru-baru ini.


LOS ANGELES - Penyanyi dan pelakon terkenal, Miley Cyrus, 18, terus menimbulkan kontroversi apabila dia mencacah tubuhnya pada kulit di tulang rusuknya dengan tatu buat kali kelima, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Selepas memiliki empat tatu, Miley menambah satu lagi dengan imej empat bulu burung mewakili bilangan abang dan adiknya iaitu Brandi, 23, Trace, 21, Braison, 16, dan Noah, 11.
Miley sebelum ini mencacah gambar hati dan tatu pada jarinya selain di telinga kanannya.
Terdapat tatu Just Breathe pada satu lagi tulang rusuknya yang merupakan penghormatan kepada seorang rakan baiknya yang meninggal dunia akibat paru-paru berair semasa berusia sembilan tahun pada 2007.
"Setiap tatu Miley mempunyai maksud tersendiri kepadanya. Ia menjadi penghargaan buat keluarga dan rakan baiknya," jelas sumber yang merupakan rakan kepada selebriti itu.
Tatu terbaru Miley itu dibuat sebulan selepas bapanya, Bill Ray memfailkan penceraian dengan ibu penyanyi tersebut pada Oktober tahun lalu. - Agensi


No comments:

PUSH