"phew ,, ade pon berita tntg raye cine ,, dh lmew q tgu ,,,"
KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua dari kanan) diiringi Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye (kiri) memberi angpau kepada peserta tarian singa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, kelmarin.
NAJIB bersama beberapa pemimpin negara termasuk Dr Mahathir (kiri) menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbol perpaduan kaum di Wisma MCA, Kuala Lumpur, kelmarin.
PM harap perayaan bawa kejayaan negara
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap kehadiran Tahun Arnab sempena Tahun Baru Cina kali ini akan membawa limpahan kejayaan kepada dasar dan agenda yang dibentangkan kerajaan.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap kehadiran Tahun Arnab sempena Tahun Baru Cina kali ini akan membawa limpahan kejayaan kepada dasar dan agenda yang dibentangkan kerajaan.
“Saya harap, tahun ini tahun yang dapat memberi limpahan kejayaan sesuai kepercayaan Tahun Arnab iaitu tahun kejayaan dan rezeki boleh diperoleh.
“Ini akan hanya jadi kenyataan sekiranya semua dapat pastikan dasar-dasar kerajaan dan agenda yang dibentangkan dilaksanakan sebaik-baiknya,” katanya pada majlis rumah terbuka MCA di Wisma MCA di sini, kelmarin.
Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga berharap sektor swasta dan masyarakat Cina dapat sama-sama memainkan peranan menyokong dan mendokong kejayaan kerajaan berdasarkan agenda nasional.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; pemimpin MCA termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan timbalannya, Datuk Seri Kong Cho Ha serta beberapa pemimpin parti komponen lain.
Pada majlis itu, Najib dan Muhyiddin serta semua pemimpin kemudian menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbol perpaduan kaum di Malaysia.
Kira-kira 2,000 warga kota termasuk rakyat asing turut memeriahkan sambutan yang antara lain mempersembahkan segmen tarian singa yang dianggotai pelbagai kaum.
Di KUCHING, hari kedua Tahun Baru Cina diteruskan dengan tradisi rumah terbuka oleh masyarakat Tionghua di bandaraya ini dan seluruh negeri, semalam.
Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi mengunjungi rumah terbuka pemimpin, ketua masyarakat, ahli perniagaan dan rakan taulan di seluruh negeri sejak kelmarin.
Di GEORGETOWN, Tahun Baru Cina disambut meriah oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk pelancong asing yang mengunjung rumah terbuka yang dianjurkan pelbagai pihak.
Semalam, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majinor Shariff mengunjungi rumah terbuka anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Di MELAKA, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum termasuk pelancong dari asing meraikan ambang Tahun Baru Cina di Jonker Walk, Bandar Hilir, di sini.
Majlis yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan Cina termasuk tarian singa turut dihadiri Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Gan Tian Loo serta Pengerusi Jonker Walk, Datuk Gan Boon Leong.
sumber bHarian :
No comments:
Post a Comment