Alam siber tempat cari pasangan


SEORANG pemuda meneliti profil gadis idamannnya di sebuah souk di Rabat.
Generasi muda Maghribi layari laman web percuma 

RABAT: Perkahwinan di Maghribi semakin berubah wajah hari ini kerana ramai pemuda dan pemudinya mencari pasangan menuju ke souk atau kedai, merujuk kepada perkahwinan siber.

Di negara yang banyak perkahwinan masih diatur, satu klik tetikus komputer akan membawa seseorang itu ke ‘Internaut to Soukzouaj,’ iaitu laman percuma membenarkan golongan muda Maghribi yang kesunyian mencari teman hidup mereka.

“Laman mencari jodoh ini dicetuskan pada Jun 2010. Ia masih baru namun ia menampakkan kejayaan kerana ia percuma dan terletak berhampiran,” kata Yasser Nejjar, pengasas soukzouaj.ma. 

Setiap hari hampir 2,600 pengunjung yang mencari pasangan melawat laman itu, dua pertiga daripadanya wanita. Ia menunjukkan satu peta Maghribi dibahagi kepada 16 bahagian dan pengguna boleh mengklik bahagian negara yang mereka pilih untuk memulakan pencarian. 

“Hari ini, sebagai contoh, ada 1,670 wanita mendedahkan profil mereka manakala lelaki hanya 870. Saya berpendapat, keadaan ini menandakan wanita lebih berani berbanding lelaki,” kata Nejjar. 

“Kebanyakan mesej menunjukkan ada keinginan kuat untuk mendirikan rumah tangga secara halal yang sejajar dengan ajaran agama,” tegasnya. 
Pemerhati di kalangan masyarakat Maghribi menganggap laman perkahwinan sebagai satu fenomena baru, dikait dengan bentuk komunikasi baru, walaupun jika kebanyakan perkahwinan diatur keluarga di sebuah negara di mana Islam menjadi agama rasmi. 

“Pada hari ini wanita membuat tuntutan,” kata pakar sosiologi, Soumaya Naamane Guessous. 

“Mereka mahukan suami yang menyayangi, menghormati mereka, lelaki yang tidak dipengaruhi ibu mereka dan membenarkan mereka tidak tinggal dengan mentua.” 

Katanya, kejayaan soukzouaj, agak terpisah daripada hakikat bahawa ia percuma, di sebuah negara di mana perkahwinan diatur adalah satu kebiasaan, ia berikutan hakikat ‘gadis muda tidak lagi menerima pelamar pertama yang mengetuk pintu keluarga mereka atau dicadangkan keluarga.’ – Agensi 







sumber>
bharian






No comments:

PUSH