Cyrus goda Followill ??


MILEY CYRUS
MILEY CYRUS dilaporkan menghantar SMS menerusi telefon bimbitnya untuk menggoda Jared Followill yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Kings Of Leon. Cyrus dan Followill yang mula digosip bercinta selepas mereka bersua pada majlis yang diadakan selepas berlangsungnya MTV Europe Music Awards 2010 di Madrid, Sepanyol November tahun lepas. Sejak itu, mereka berdua dikatakan sering berbalas SMS antara satu sama lain.
Satu sumber memberitahu laman web HollywoodLife.com: "Miley sentiasa mahu mengujakan Jared. Dia selalu menghantar SMS yang menggoda kepada Jared. Setakat ini Jared menyukai kandungan SMS yang dihantar Miley kepadanya itu."
Tambahnya: "Jared gemar menunjukkan SMS yang diterimanya daripada Miley. Dia fikir Miley sangat cantik dan dia begitu teruja apabila Miley berterusan menghantar SMS yang menggoda kepadanya."
Sebelum ini Cyrus, 18, dikatakan berpisah dengan kekasihnya, Liam Hemsworth selepas berkenalan dengan Followill di Sepanyol. Namun dia mengakui sudah meminati Followill sejak tahun 2009 lagi.
Followill, 24, pula sebelum ini bercinta dengan model Alisa Torres tetapi mereka berpisah pada tahun 2009.






sumber >
kosmo!









No comments:

PUSH