SELENA GOMEZ
LOS ANGELES - Penyanyi dan pelakon muda, Selena Gomez ditenangkan oleh artis idola ramai, Justin Bieber selama beberapa jam menerusi talian telefon selepas dia menerima ugutan bunuh daripada peminat Bieber minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gomez yang berusia 18 tahun itu menelefon bintang kelahiran Kanada tersebut dalam keadaan menangis sambil mengadu tentang sikap kumpulan peminat Bieber yang menggelar diri mereka sebagai Beliebers yang mengugut untuk mengancam nyawanya.
Pelakon yang memulakan karier sebagai bintang Disney itu menerima banyak e-mel ugutan daripada peminat Bieber.
Satu kempen yang menunjukkan kebencian terhadap Gomez juga diwujudkan di laman maya selepas gambar mereka bercium tersebar baru-baru ini.
Kritikan negatif terhadap Gomez terus meningkat selepas dia dan penyanyi popular dengan lagu Babyitu membuat kemunculan pertama di khalayak dalam parti selepas Anugerah Oscar di Hotel Sunset Tower di sini penghujung Februari lalu.
Gomez dikatakan kecewa akibat dikecam hebat oleh peminat Bieber, 17, yang marah selepas melihat hubungan mereka semakin intim sejak kebelakangan ini. - Agensisumber>
kosmo!
No comments:
Post a Comment