Melaram cara Zulmazran
KELIBAT Zulmazran Zulkifli di pentas bowling sentiasa mengundang perhatian. Bukan saja kerana figura sempurnanya, pesona fesyen yang digayakan meletakkan jejaka kacak ini di kelas tersendiri.
Lihat saja aksinya tatkala menggayakan persalinan DKNY koleksi musim bunga 2011 ini, lantas jom kongsi ekspresi fesyen dirinya sambil mengenali isi hatinya...

TANPA ragu, jejaka ini mencetus fenomena baru dalam dunia bowling negara dan pentas antarabangsa. Bukan saja kemampuannya menjatuhkan pin, kegilaan Zulmazran terhadap dunia fesyen turut mempengaruhi penampilannya di pentas bowling.
Pernah tampil dalam imej seluar berkotak-kotak, siapa sangka keghairahan anak muda berusia 27 tahun ini tidak terhenti setakat itu. Malah, sekali lagi beliau menongkah arus penggayaan klise pemain bowling melalui persalinan serba jingga dalam satu perlawanan bowling.
Sehingga detik itu, setiap kali berpeluang beraksi di pentas akhir bowling, pancaran warna garang itulah yang menyaluti tubuh tegapnya sehingga dirasakan membawa tuah dalam menakluk pihak lawan.
“Saya tidak malu untuk tampil dengan warna terang. Kebetulan kemeja-T pasukan negara ada jalur harimau dengan rona jingga. Tanpa ragu, saya menggandingkan sekali dengan seluar jingga hingga ramai teman bowling ternganga ketika melihat gaya saya itu buat pertama kali.
“Itulah kepuasan bagi saya kerana sebelum itu, saya juga tampil dengan seluar berkotak-kotak. Saya perasan sudah ramai yang mula mengikut penggayaan seperti itu,” kata Zulmazran membuka cerita.
Bicara Zulmazran, beliau sebaliknya meletakkan syarat hanya akan menggayakan seluar jingga yang dibeli di Jerman itu setiap kali melayakkan diri ke perlawanan akhir, sekali gus menjadi pendorong dan motivasi untuk beraksi sebaik mungkin.
Kata jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini, tiada sebab untuk malu bergaya kerana setiap orang wajar mencuba sesuatu yang baru sebagai salah satu bentuk ekspresi dan motivasi diri.
Jauh perjalanan dirinya yang sudah hampir 15 tahun mengabdikan diri dalam lapangan dunia bowling, keghairahan dirinya pada sukan itu tidak pernah terhapus.
Mengibaratkan mahu terus relevan dan memasang niat mengatasi rekod pemain idolanya, Paeng Nemomucino dari Filipina yang masih aktif pada usia 51 tahun, banyak cerita lain dikongsi Zulmazran dalam pertemuan bersama XY - Ikon Lelaki.
Malah, sebagai bonus, si bujang yang mengakui masih solo ini sempat berbicara mengenai jenis wanita tipikal yang akan segera diucapkan selamat tinggal, rahsia ‘panas baran’ serta tanggapan dirinya mengenai hala tuju sukan bowling.
Sejauh mana kegilaan anda terhadap dunia fesyen?
Saya sukar mengawal keinginan untuk tidak membeli walaupun cuma sehelai kemeja-T kosong putih. Tetapi, ketaksuban saya lebih kepada kasut berbanding pakaian. Jika berpeluang ke luar negara, kesempatan itu juga dimanfaatkan untuk membeli apa yang saya gemari.
Walaupun gemar yang berjenama, tidak bermakna saya enggan menggayakan sesuatu yang tidak berjenama. Ada juga kasut saya beli di Kompleks Sungei Wang.
Menyentuh mengenai ketaksuban anda pada kasut, sudah berapa banyak agaknya koleksi kasut yang anda miliki?
Terlalu banyak. Mungkin angkanya sudah hampir 100 (tergelak). Memang banyak, malah saya juga gemar menghadiahkan kasut lama yang saya fikir wajar diberikan kepada orang lain kerana tidak mahu terbiar saja.
Banyaknya kasut saya itu, hingga emak saya pun sering merungut kerana tiada tempat untuk menyimpan kasut.
Bagaimana anda boleh berani untuk menggayakan warna garang?
Jika hendak tahu, saya hanya tampil dengan warna begitu di lapangan bowling saja. Mungkin kerana itu suatu bentuk motivasi dan kekuatan. Tetapi apabila hari-hari biasa, saya sedar sebenarnya, saya banyak koleksi warna kelabu, hitam dan putih.
Entah, saya pun tidak tahu mengapa, tetapi itulah warna yang banyak saya gayakan dan mungkin juga atas faktor ia penggayaan selamat.
Sukar membayangkan diri anda tidak berteman. Apa sebab masih solo?
Mungkin sebab mereka tidak memahami diri saya seadanya (tersenyum). Saya akui, mempunyai karektor yang sukar untuk dijangka dan saya pula jenis yang menguasai. Bagi saya, dia harus menerima saya seadanya dan harus memahami saya.
Tetapi, saya tiada tekanan untuk itu (berpasangan) kerana fokus tetap pada sukan bowling.
Terjemahkan karektor anda?
Saya seorang yang suka bercakap dan berkongsi ekspresi dari segi emosional sama ada dalam riak gembira, muram mahupun sedih. Saya juga jenis yang playhard, workhard. Saya suka menjadi diri sendiri tanpa perlu menjadi plastik dan terikut-ikut orang lain.
Jenis wanita yang dianggap serasi?
Mereka harus memahami. Memiliki karektor yang lembut dan boleh memanjakan saya. Saya suka dimanjakan (tergelak). Dia haruslah cantik dan turut bergaya. Tidak mahulah saya saja yang harus bergaya, dia juga kenalah ikut sama.
Komen anda pula mengenai wanita yang kaki kikis?
Ramai wanita bersifat begini. Bagi saya, andai sudah beberapa kali mengatur temu janji, kita akan tahu karektor dirinya yang kaki kikis. Apa ditunggu lagi, ucaplah selamat tinggal!
Pernah juga saya berdepan dengan wanita yang overdress di mana saya rasa gayanya melampau-lampau untuk memenangi hati. Usah begitu, jadilah diri sendiri.
Usia kian berganjak, bilakah agaknya anda mahu menamatkan zaman bujang. Atau mungkin ada sasaran usia untuk bergelar suami?
Semua adik-beradik saya sudah kahwin dan saya pula yang bongsu. Pengalaman putus cinta dan berkenalan dengan ramai orang, saya rasa jika tiba masanya nanti tentu berkahwin juga.
Fokus saya sekarang ini adalah untuk kembali mengukuhkan kedudukan dalam sukan bowling selepas berehat daripada kecederaan pergelangan tangan.
Ceritakan sedikit mengenai sasaran anda dalam sukan bowling?
Selepas cemerlang di Kejohanan Bowling Komanwel di Sunway, saya mahu mengekalkan rentak yang sama di Brunswick Euro Challenge di Paris (ketika ini beliau sudah berada di Paris) selepas menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan 550 pemain profesional tahun lalu.
Cabaran di Eropah yang menawarkan Euro 25,000 ini boleh diibaratkan sebagai penyatuan pemain bowling dari seluruh dunia kerana ia antara kejohanan yang ditunggu-tunggu.
Selepas hampir 15 tahun berkecimpung dalam sukan ini, apa pandangan anda tentang pembangunan sukan bowling dan barisan pelapis?
Umum harus menyedari, sukan bowling antara penyumbang pingat terbesar kepada negara selain badminton dan skuasy. Walaupun kita memiliki ramai pemain bertaraf dunia, tetapi tumpuan tidak banyak diberi berbanding sukan lain yang rata-rata hanya unggul di peringkat Asia Tenggara.
Ramai sebenarnya barisan pelapis yang kita miliki tetapi untuk berjaya dan agak senang dalam bidang ini, kita perlu berada sekurang-kurangnya di tangga tiga kelompok pemain terbaik.
Kisah 41 pin...
MENCERITAKAN detik awal pembabitan Zulmazran ke dalam dunia bowling, jejaka ini berterus terang bahawa pada mulanya, beliau tidak ketemu cintanya dalam sukan itu.
“Abang saya, Zulmazlan terlebih dulu berjinak-jinak dalam sukan bowling sehinggalah pada suatu hari, beliau mengajak saya mencuba. Tetapi saya ketika itu hanya menganggap bowling bukan satu bentuk sukan. Pada pengamatan saya, bowling terlalu mudah untuk dimainkan kerana dengan sekali baling boleh menjatuhkan pin.
“Sebaik pertama kali mencuba dengan menggunakan bola dan kasut di pusat bowling, saya malu kerana balingan pertama saya mengena longkang bukan ke arah pin. Pada akhir permainan saya hanya mendapat mata 41 pin saja,” katanya tergelak mengenangkan kali pertama bermain bowling pada usia 13 tahun.
Disebabkan mahu membuktikan kemampuan dirinya serta rasa tercabar, sejak detik itu. Zulmazran berlatih setiap hari. Beliau berazam untuk memperbaiki teknik balingan semata-mata mahu menebus kembali apa yang dikatakan bowling sebagai suatu sukan yang mudah.
Bermula daripada perasaan ‘tercabar’ itu, siapa sangka beliau akhirnya menemui kecintaan sebenar dalam sukan bowling. Ini diakui sendiri abang kandungnya selepas melihat skil dan teknik balingan sempurna dimiliki Zulmazran. Tidak lama selepas itu, beliau diperkenalkan kepada seorang jurulatih, Hussein Omar yang kebetulan menetap di kejiranan berdekatan.
“Lantas, bermulalah titik awal pembabitan saya secara serius dalam sukan bowling. Memang sebelum itu, saya jenis suka bersukan dan pantang ada sukan di sekolah membuatkan saya cukup berkobar-kobar untuk menyertai dan mencuba.
“Selepas serius berlatih dalam bowling, saya hanya memfokuskan sukan ini sehinggalah mendapat kepercayaan sulung mewakili negara pada usia 17 tahun di kejohanan Asia di Qatar pada 2000,” katanya yang memenangi perak dalam kejohanan beregu sekali gus menjadi fasa baru dalam karier bowling secara profesional.
Jatuh bangun anak muda berusia 27 tahun ini dalam dunia bowling menyaksikan Zulmazran terus matang melakar sejarah gemilang dalam sukan itu. Jiwa muda yang pantang menyerah kalah ini terus memburu impian untuk memenangi banyak kejuaraan penting tahun ini.
“Sejauh manapun impian kita untuk memperoleh kemenangan, pada satu tahap kita tidak boleh menolak hakikat bahawa sebarang kejadian yang tidak diinginkan boleh berlaku. Seperti kejadian dua urat di pergelangan tangan kanan saya yang sudah cedera seolah-olah memberi amaran untuk saya berhati-hati,” katanya yang kini semakin serasi menggunakan teknik terbaru menerusi balingan hook kegemarannya.
Menyentuh pula mengenai koleksi medal dan piala kemenangan, secara jujur Zulmazran mengakui beliau kurang gemar menyusun deretan medal dan piala seperti yang selalu dilakukan atlit lain. Selepas puas membelek hadiah kemenangan, beliau terus menyimpan piala dimenangi.
“Saya mempunyai alasan tersendiri. Selepas kita mengecapi satu kejayaan, perlulah kita mensasarkan kejayaan lain,” katanya yang mencabar dirinya untuk terus beraksi dalam sukan bowling negara biarpun pada usia separuh abad.
Sekilas... Zulmazran
Wanita pilihan : Sudah pasti yang cantik dan paling penting memahami diri saya seadanya
Waktu terluang : Membeli-belah terutama menambah koleksi kasut
Berat bola bowling : 15 paun
Lokasi pusat beli-belah kegemaran di ibu negara : Pavilion, KLCC dan 1 Utama.
Koleksi bola bowling : Terlalu banyak tetapi saya akan bawa lima bola bowling setiap kali menyertai kejohanan
Wanita kaki kikis : Selamat tinggal!
Profil
Nama: Zulmazran Zulkifli
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 20 November 1983
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Tinggi: 166 sentimeter
Berat: 61 kilogram
Status: Bujang

sumber>
No comments:
Post a Comment