pencil box !!



PEREDARAN fesyen masa kini tidak hanya memberi penumpuan kepada golongan berkerjaya, kanak-kanak yang belum menjana pendapatan juga tidak terkecuali mengikuti arus fesyen semasa. 

Sesuai dengan usia dan tanggungjawab sebagai kanak-kanak bersekolah, segala kelengkapan ke sekolah, terutama kotak pensil juga perlu berubah, mengikut aliran terkini.
Seperti ibu dan ayah, kanak-kanak-kanak juga berasa seronok apabila dapat menukar koleksinya mengikut cita rasa mereka. Hari ini ke sekolah, mungkin si anak akan menggunakan kotak pensel hijau memandangkan ia sesuai dengan beg sekolah Ben-10.

Dunia persekolahan kanak-kanak sekarang tidak lagi kusam seperti dulu, kehadiran pelbagai koleksi peralatan menulis untuk ke sekolah membuat mereka bertambah ceria dan kelihatan segar. 

Lihat sajalah koleksi beg sekolah yang terdapat di pasaran, didatangi dalam pelbagai kelebihan tersendiri, ada yang beroda, kalis air dan mempunyai sokongan tulang belakang, begitu juga dengan kasut sekolah dan peralatan menulis. 

Kotak pensel arena kini juga tidak kurang hebatnya. Ada yang memaparkan karakter kartun terkemuka seperti Barbie, Mickey Mouse dan macam-macam lagi. Tidak cukup dengan itu, koleksi kotak pensel juga didatangi dalam pelbagai bahan, termasuk besi, kain dan plastik serta kayu. 

Pendek cerita, sekolah, tuisyen dan setiap kelas dihadiri disertakan dengan kotak pensil yang berlainan di samping kelengkapan peralatan menulis yang tidak kurang canggihnya. 
Bagi sesetengah pihak, memanjakan anak dengan koleksi kotak pensel mungkin satu pembaziran. Kanak-kanak sering kali lalai dalam menjaga barangan mereka tetapi itu lumrah sifat kanak-kanak dan sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab membimbing anak supaya lebih menghargai hak mereka. 

Apa yang lebih penting, dengan adanya koleksi peralatan menulis yang pelbagai, sedikit sebanyak ia mampu menarik minat anak untuk ke sekolah. Masakan tidaknya, pasti berkobar-kobar hendak menulis menggunakan pensel mekanikal baru dengan pemadam dan pembaris Spongebob Squarepants. 

Penolong Pengurus Jualan Runcit Swan, Mohd Jahawari Yeop Sohor memberitahu, koleksi kelengkapan peralatan menulis masa kini cukup menyeronokkan dengan kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang memudahkan kanak-kanak sepanjang penggunaan. 

Sebagai contoh, pensil mekanikal Shaker. Goncang saja, mata pensel keluar dengan sendiri dan ia menjimatkan masa penggunaan. Begitu juga koleksi pensel warna yang boleh diubah menjadi warna air dengan hanya membasahkan lukisan menggunakan berus warna. 

Jika dulu, kotak pensel yang dibawa ke sekolah hanya sekadar kotak besi yang berisi pensel, pemadam, pengorek dan pembaris. Kini, keadaan berbeza, kotak pensil tampil dalam pelbagai rupa, bentuk kereta pun ada! 

Ada kotak pensel berbutang, yang memudahkan kanak-kanak menyimpan peralatan tulis mereka; kotak pensel plastik atau besi bertingkat, yang memberi lebih ruang menyimpan. 

Kotak pensel kain juga tidak kurang menarik dengan pembahagian ruang dan zip di samping penampilan unik seperti berbentuk pensel dan haiwan kesukaan, yang pasti menambah keceriaan kepada kanak-kanak di alam persekolahan.


sumber >



No comments:

PUSH