LOS ANGELES - Aktres filem High School Musical, Vanessa Hudgens menemui pegawai-pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Rabu lalu untuk mengetahui dalang yang menggodam akaun Gmail miliknya sehingga menyebabkan beberapa fail peribadi dia dicuri dan disebarkan kepada umum, lapor sebuah akhbar semalam.VANESSA HUDGENS
Hudgens difahamkan mengadakan pertemuan dengan ejen-ejen FBI selama lebih satu jam untuk memberi maklumat bagi menyelesaikan kesnya.
Selebriti berusia 22 tahun itu mengambil tindakan undang-undang selepas beberapa keping gambar separuh bogelnya bersama pelakon berusia 18 tahun, Alexa Nikolas tersebar di beberapa laman maya minggu ini.
Terdapat gosip mengatakan penggodam akaun e-mel Hudgens tidak bermotifkan wang kerana dia sebaliknya sengaja melakukan jenayah itu untuk kepuasan sendiri.
Gambar-gambar mengghairahkan tersebut disiarkan di MediaTakeOut.com dan Egotastic.com yang menunjukkan Hudgens mencium Nikolas dalam keadaan separuh bogel.
Terdapat juga sekeping gambar yang menampakkan aksi Hudgens sedang berbaring.
Penggodam itu khabarnya menceroboh akaun e-mel 50 selebriti lain termasuk Scarlett Johansson, Miley Cyrus, Ali Larter dan pelakon The Secret Life of the American Teenager, Renee Olstead. - Agensi
sumber>
kosmo!
sumber>
kosmo!
No comments:
Post a Comment