JUSTIN BIEBER bergambar bersama Selena Gomez di Hotel Sunset Tower, Los Angeles kelmarin.
LOS ANGELES - Penyanyi pop terkenal, Justin Bieber seolah-olah mengesahkan hubungan cintanya dengan selebriti muda, Selena Gomez apabila mereka membuat kemunculan pertama bersama dalam parti selepas Anugerah Oscar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Mula menjalin cinta secara rahsia sejak November lalu, pasangan muda itu saling berpegangan tangan masing-masing sehingga mereka menjadi tumpuan jurugambar di Hotel Sunset Tower di sini kelmarin.
Pasangan itu bersepakat untuk mengenakan warna yang sepadan.
Bieber, 16, menggayakan tuksedo rekaan Dolce & Gabanna (D&G) dengan sapu tangan merah di poket bajunya.
Gomez, 18, pula memakai gaun panjang merah rekaan D&G bagi menampakkan mereka kelihatan sedondon dengan koordinasi merah tersebut selain menyarung kasut tumit tinggi Brian Atwood, tas tangan kecil Judith Leiber dan barang kemas dari Lorraine Schwartz.
Gomez mengaku dia tidak gentar menjadi tumpuan ramai kerana menjalin hubungan dengan Bieber yang terkenal menerusi lagu Baby itu.
Selebriti terkenal, Kim Kardashian sebelum ini yang berjenaka tentang perasaan cintanya terhadap Bieber bagaimanapun menerima beratus-ratus ugutan bunuh daripada peminat penyanyi bergelar jutawan muda tersebut.
Jelas Gomez: "Saya rasa keadaan ini hebat kerana orang ramai berminat untuk mengetahui kisah kami. Saya sendiri tidak faham kenapa ia boleh berlaku." - Agensi
SUMBER>
KOSMO!
SUMBER>
KOSMO!
No comments:
Post a Comment