Simpan rahsia 5,000 lelaki


PAK KARI menggunakan kayu damar minyak yang merupakan ramuan untuk menghasilkan minyak urut bagi pemulihan masalah seksual golongan lelaki.
JARI-JEMARI lelaki berumur separuh abad itu telah dibasahi minyak urut. Dengan pandangan tajam ke arah alat sulit pesakit, mulut lelaki itu kumat-kamit membacakan sesuatu.
Lantas dengan penuh yakin, Zakari Muda, 57, menjalankan tugasnya.
Alat kelamin yang lemah akan diperbetulkannya mengikut hukum kesihatan sebenar. Tiada kesakitan bahkan pesakit tidak perlu berbelanja besar.
Ironinya, lelaki dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Terengganu itu secara terbuka mengakui dia sedang menyimpan rahsia sulit lebih 5,000 lelaki Malaysia.
Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, individu bergelar Datuk dan Tan Sri, wakil rakyat, selebriti, kerabat diraja dan ahli sukan.
“Sejak dahulu lagi ramai lelaki mengalami masalah lemah tenaga batin yang disebabkan pelbagai faktor.
“Masalah ini merupakan ‘penyakit senyap’ yang tidak diketahui orang lain kecuali isteri lelaki itu,” cerita Zakari yang mesra dipanggil Pak Kari.
Dia mengakui kebanyakan pesakitnya begitu malu untuk mendedahkan masalah mereka, namun akhirnya mereka berani bercerita setelah yakin dia akan menyimpan ‘rahsia’ mereka.
Kata bapa kepada sembilan orang anak ini, pesakit yang menemuinya selalunya mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat selain sukar memberi kepuasan ketika bersama isteri.
Ghairah
“Sepanjang menjadi pengamal perubatan, saya telah saksikan pelbagai bentuk dan saiz zakar lelaki. Namun, masalah yang paling ditakuti mereka ialah penyakit mati pucuk,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Pak Kari menepis tanggapan yang mengatakan urutan pemulihan tenaga batin semata-mata bertujuan untuk kepuasan seks. Ia juga tidak melibatkan pengeluaran air mani.
Ujar beliau, apa yang dilakukannya adalah mengurut bahagian badan yang mempunyai kaitan dengan anggota sulit dan mencari urat di sekitar alat sulit pesakit untuk ‘dibetulkan’.
“Ia seperti mengurut untuk membuang angin, membetulkan urat atau memecahkan lemak,” katanya yang juga seorang guru silat bersama Persatuan Silat Pancaindera Terengganu.
Tambahnya, urutan batin tidak bertumpu pada bahagian zakar dan buah zakar sahaja, sebaliknya turut melibatkan bahagian badan lain seperti pinggang, labu atau belakang betis, tapak kaki dan bawah pusat sehingga ke zakar.
Dia yang dibantu oleh empat pekerja memberitahu, urutan pulih batin yang sebenar tidak melibatkan rasa ghairah.
“Seharusnya, ketika diurut pelanggan akan berasa sedikit sakit dan senak kerana teknik mengurut adalah sama seperti mengurut bahagian badan yang lain,” dedah Pak Kari yang bimbang dengan perlakuan onani kerana sebahagian besar remaja yang datang menemuinya mengalami masalah mati pucuk disebabkan gemar melakukan perbuatan itu.
Malangnya usaha Pak Kari merawat zakar lelaki kadangkala dianggap tidak bermoral malah dia pernah menerima panggilan berbaur lucah.
Dalam melakukan tugasnya, Pak Kari sentiasa ditemani minyak urut yang dihasilkannya sendiri menggunakan 10 ramuan herba dan akar kayu seperti ikan tembakul, ubi jaga, inai galak, akar kerbau mengawan, tongkat ali, tunjang bumi dan halia bara.






sumber>
kosmo!





No comments:

PUSH