Lebih 6,000 peminat terpukau dengan kelunakan suara penyanyi ini tatkala muncul dalam konsert di Stadium Malawati
SELAMA dua malam berturut-turut, peminat Maher Zain terpesona dengan kelunakan suara penyanyi kelahiran Lubnan yang terkenal dengan lagu ketuhanan dan kemanusiaan itu. Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, penyanyi terbabit muncul menghiburkan penyokong setianya di sebelah sini, Jumaat dan Ahad lalu.
Pada malam pembukaan, lebih 6,000 peminat tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri penyanyi yang berpangkalan di Sweden itu mengadakan persembahan secara langsung. Walaupun sudah beberapa kali mengadakan pertunjukan di Malaysia, namun sambutan hangat tetap diterima jejaka berusia 30 tahun itu. Pada malam kedua pula, difahamkan 7,000 tiket habis disambar peminat tegar artis bertopi ini.
Maher Zain Live in Concert sememangnya memenuhi impian penggemar lagu bercorak keislaman dan kemanusiaan, walaupun muzik yang diperjuangkan Maher tidak jauh bezanya dengan muzik popular. Bezanya, pemuda yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi ini menghiburkan peminat dengan irama bersulam lirik ketuhanan, puji-pujian ke atas nabi junjungan, serta pesanan ke arah kebaikan.
Konsert yang menampilkan Eddie Marzuki sebagai pemimpin muzik itu bermula jam 9 malam dengan penampilan kumpulan Inteam, yang turut menyaksikan kemunculan semula Suhaimi bersama mereka.
Kumpulan berkenaan mengembalikan nostalgia peminat terhadap populariti dikecapi mereka apabila mempersembahkan rangkaian lagu yang menjadi siulan ramai pada konsert terbabit, termasuk Nur Kasih dan Setanggi Syurga.
Selepas itu, penyanyi dari Pakistan yang kini menjadikan Kanada sebagai rumahnya, Irfan Makki, menghiburkan penonton dengan beberapa lagu seperti Mother dan Waiting for the Call. Seperti mana Maher, Irfan juga bernaung di bawah label Awakening Records.
Suasana dalam stadium menjadi lebih gamat tatkala Maher muncul di pentas. Sememangnya, dialah bintang utama yang dinanti-nantikan peminat. Lagu Always Be There yang menerima tepukan gemuruh daripada penonton membuka persembahannya pada malam berkenaan.
Pesona Maher tidak syak lagi begitu kuat. Dengan suaranya yang merdu dan senyuman tidak lekang di bibir, penyanyi ini seterusnya memukau peminat dengan alunan selawat Ya Nabi Salam Alaika, disusuli dengan lagu Hold My Hands.
Seperti kebiasaan, Maher tidak menyanyi bersendirian, sebaliknya sering menghalakan mikrofon ke arah penonton untuk sama-sama mengalunkan setiap lagu disampaikan.
Sebagai kejutan buat penonton pula, Maher mengundang penyanyi utama kumpulan Padi, Fadly, untuk berduet bersamanya menyanyikan lagu popular Insha-Allah. Jika Maher menyanyikan rangkap berbahasa Inggeris, Fadly pula menyanyikan baris-baris seni kata dalam bahasa Melayu.
Lagu lain yang disampaikan penyanyi yang juga komposer berbakat itu ialah Palestine Will Be Free, Thank You Allah, Allah Hi Allah Kiya Karo, The Chosen One, For The Rest Of My Life, Open Your Eyes dan Baraka Allahu Lakuma. Sebelum memulakan sesebuah lagu, penyanyi ini tidak lupa berceloteh seketika bersama penonton.
Selain Inteam, Irfan dan Fadly, konsert terbabit juga diserikan dengan kemunculan penyanyi dari Macedonia, Mesut Kurtis, yang menghiburkan khalayak dengan beberapa lagu petikan album Salawat dan Beloved, juga daripada label Awakening. Dia turut menyanyikan sebuah lagu bersama Maher malam itu, berjudul Never Forget, dibantu beberapa kanak-kanak.
Maher yang berulang kali menyatakan rasa bangganya dapat kembali menghiburkan penyokong setianya di Malaysia tidak ketinggalan memperkenalkan lagu terbarunya berjudul Freedom, yang baru saja dihasilkan, berinspirasikan kebangkitan rakyat di negara Mesir.
Maher Tidak kedekut
TERUJA dengan sambutan hangat diberikan peminat malam itu, Maher nyata tidak kedekut untuk menyanyikan sekali lagi lagu Insha-Allah, kali ini dalam versi Melayu. Lagu terbabit dimuatkan dalam album Thank You Allah edisi platinum.
Walaupun sudah sampai ke penghujung, peminat yang bagaikan terpaku dengan persembahannya enggan berganjak dari tempat duduk. Maher sendiri kelihatan cukup seronok dengan suasana yang cukup membanggakan itu. Lalu, dia sekali lagi menyampaikan lagu Freedom dan For the Rest of My Life. Sebagaimana biasa, peminat menjadi penyanyi latarnya secara tidak rasmi. Buat kesekian kali, suasana dalam stadium bergema dengan nyanyian ribuan peminat Maher dan kali ini, akur dengan permintaan idola mereka, penonton mengangkat tangan sambil menggenggam telefon bimbit. Sungguh indah suasananya ketika itu.
Belum cukup dengan persembahan bonus terbabit, Maher buat kali ketiga mendendangkan lagu utamanya Insha-Allah, kini dalam versi Inggeris.
Dia turut sempat mengucapkan kata-kata yang sememangnya dinantikan peminat, sebelum betul-betul meninggalkan pentas.
"Saya sayang Malaysia. Saya sangat terharu dengan sokongan dan kehadiran anda semua malam ini dan Insya-Allah saya akan mengadakan persembahan seumpama ini lagi pada masa depan," katanya.
Sebaik saja lampu kembali diterangkan, wajah ribuan penonton yang hadir pada malam itu nyata menunjukkan kepuasan dengan persembahan penuh bertenaga selama dua jam setengah yang baru saja mereka saksikan. Ia memori amat bermakna buat penggemar muzik Maher Zain, termasuklah beberapa wajah popular seperti Dayang Nurfaizah, Datuk Khatijah Ibrahim dan penyampai radio, Linda Onn.

sumber>
No comments:
Post a Comment