10 selebriti wajah seiras



KAJIAN terbaru menunjukkan, 55 peratus daripada kita mahu menjadi seperti ibu masing-masing apabila mencapai tahap usianya.


Kajian dijalankan Aldi’s Lacura Beauty menunjukkan, wajah yang awet muda, kulit yang cantik dan kurang kedutan adalah ciri-ciri utama yang diingini seseorang untuk kekal kelihatan menawan.

Bagi kalangan selebriti, keperluan kelihatan menawan pada setiap masa tentulah lebih mendesak. Untuk sesetengah selebriti, mereka bernasib baik kerana memiliki wajah yang cantik seiras ibu.




Berikut adalah 10 selebriti terkemuka bersama ibu masing-masing.


1. Kim Kardashian dan ibu, Kristin Jenner


Jelitawan yang terkenal kerana memiliki bentuk badan menggiurkan ini memperoleh lebih £40 juta (RM194.3 juta) tahun lalu — semuanya atas ‘jasa’ Kristin.


Kristin bertanggungjawab meneliti hampir setiap kontrak ditandatangani Kim, termasuk bagi penerbitan siri televisyen realiti.


Malah, Kristin, 55, dilaporkan berharap mampu melahirkan lebih ramai anak bagi menjadi penjana pendapatan keluarganya.


“Impian saya mahu melanjutkan siri Keeping Up With the Kardashians sehingga 26 musim,” katanya.


Selain Kim, Kristin mempunyai lima anak lain.


Kata Kristin, dia tidak menyangka program itu menyumbang pendapatan besar untuk mereka sekeluarga.


“Saya sepatutnya cuba mendapatkan lebih ramai anak,” katanya.


Sementara itu, Kim, 30, tidak perlu bersusah-payah mencari wang.


Dengan hanya menulis catatan ringkas dalam Twitter mengenai sesuatu produk atau acara, Kim diberi bayaran lumayan.


Sebenarnya populariti keluarga itu melonjak hasil rakaman aksi seks Kim dengan bekas teman lelakinya, Ray J, dan klip yang aalnya mengaibkan itu bertukar menjadi sumber pendapatan lumayan apabila ianya dijual kepada pengedar video lucah, Vivid Entertainment.




2. Gwyneth Paltrow dan ibu, Blythe Danner


Gwyneth Paltrow memang saling tidak tumpah seperti ibunya yang juga aktres, Blythe Danner.


Pemenang Anugerah Emmy, Blythe, 68, mencipta nama tersendiri selepas membintangi filem komedi Meet the Parents serta rancangan Will & Grace.


Kata Gwyneth, 38, ketika kecil dia didedahkan kepada dunia lakonan melalui kerjaya ibunya.


“Padang permainan saya adalah panggung wayang. Saya duduk di situ menyaksikan ibu berpura-pura dan sebagai remaja, ia memang menarik perhatian,” katanya.




3. Demi Moore dan anak, Tallulah Willis


Bagi pasangan ini, legasi dunia lakonan mungkin tidak berpanjangan.


Tidak seperti pasangan ibu — anak lain, Tallulah tidak berminat menyambung legasi ibunya di layar perak.


Walaupun memiliki paras hampir sama seperti Demi, 48, Tallulah, 17, lebih berminat mencipta nama sebagai pereka fesyen. Dia baru saja menamatkan latihan dengan majalah fesyen Harper’s Bazaar.




4. Kate Middleton dan ibu, Carole


Dianugerah kulit yang cantik, rambut berkilauan dan bentuk badan menarik, pasangan anak — ibu ini memang mempesona mata memandang.


Bekas pramugari, Carole, 56, diketahui berusaha keras untuk kekal menarik dan menurut sumber, keadaan itu turut dilakukan Kate.


Sebagai bakal isteri Putera William, katanya, Kate menghabiskan masa sekurang-kurangnya sejam sehari bersenam.


“Kate mahu kekal kurus dan cergas,” katanya.


Bagi Carole pula, dia mengamalkan Diet Dukan dan sejak itu, buku berkenaan terjual sebanyak 250,000 naskhah di Britain.




5. Reese Witherspoon dan anak, Ava


Ava, 11, lahir hasil perkahwinan Reese dengan bintang popular Hollywood, Ryan Phillippe.


Kata Reese, 34, dia mengajar Ava sepertimana dia dibesarkan ibu bapanya dulu.


“Ada set peraturan, disiplin dan kasih sayang,” katanya.


Nampaknya pendekatan itu memang berhasil. Baru-baru ini, Phillippe berkata, Ava lebih berminat kepada sukan berbanding mengagumi penyanyi remaja seperti kebiasaan gadis seusia dengannya.


“Ava lebih gemar menyertai gimnastik dan sukan berkuda. Dia juga lebih meminati Beatles berbanding Justin Bieber,” katanya.




6. Katie Holmes dan anak, Suri Cruise


Pada 19 April 2006, Tom Cruise dan Katie Holmes mengumumkan kelahiran Suri dan sejak itu, hidup mereka berubah sepenuhnya.


Memiliki bentuk hidung yang sama, selain rambut perang dan mata Katie, pasangan ibu — anak itu sering muncul di media cetak, sama ada ketika membeli-belah atau bersiar-siar.


Dikenali dengan kepekaan kepada fesyen, kos dibelanjakan untuk Suri dilaporkan jauh lebih tinggi berbanding peruntukan bagi Katie, 32.


Kata Cruise, Suri gemar memilik pakaian sendiri.


“Jika dia mahukan sesuatu pakaian, dia akan memakainya tanpa mempedulikan orang lain,” katanya.


Tidak cukup dengan itu, kata Cruise, dia juga selalu mendapat nasihat daripada Suri untuk menentukan apa yang perlu dipakai.




7. Kate Hudson dan ibu, Goldie Hawn


Tidak ramai dapat menafikan keserasian wajah di antara pasangan Kate dan Goldie.


Goldie, 65, melakar nama pada 1970-an dan 1980-an melalui pelbagai peranan popular di televisyen dan layar perak.


Bagi Kate, 31, dia juga mempamerkan bakat sama seperti ibunya.


Dia mencipta populariti sejak membintangi filem Almost Famous pada 2000. Kini Kate juga menjadi ibu dengan lahirnya Ryder, 7, selain anak pertama hasil hubungannya dengan anggota kumpulan rock Muse, Matt.


Mengenai Goldie, Kate berkata, ibunya sangat kelakar dan hebat.
“Dia tak cuba mengawal atau melunakkan saya. Dia ibu yang hebat,” katanya.




8. Naomi Campbell dan ibu, Valerie


Berkaki panjang dan bentuk badan mempesona tidak menghairankan bagi Valerie Morris, 59, kerana dia pernah menjadi penari ballet profesional satu ketika dulu.


Bagi Naomi pula, dia menjadi model paling terkenal untuk tahun ke-25 walaupun berusia 41 tahun.


Tak pernah mengenali bapanya sendiri, Naomi berkata, Valerie adalah bapanya.
“Ibu seorang yang tabah dan saya belajar daripadanya,” katanya.




9. Joely Richardson dan anak, Daisy Bevan


Seniman keturunan keluarga Redgrave ini menghiasi layar perak lebih 70 tahun.


Bermula dengan Michael Redgrave, legasi seni itu diturunkan kepada anaknya, Vanessa, sebelum diwarisi Joely dan kini Daisy.


Di sebalik kemegahan itu, keluarga ini turut dibayangi kecelakaan.


Seorang lagi anak Vanessa, Natasha, mati dalam kemalangan ski pada 2009, manakala Lynn dan Corin Redgrave meninggal dunia tahun lalu.


Namun, generasi terkini bersedia mengisi kekosongan itu. Daisy, 15, dijangka menghiasi layar perak tidak lama lagi.





10. Paris Hilton dan ibu, Kathy



Paris Hilton, 30, dan Kathy, 52, memang saling tak tumpah.


Kathy baru berusia 15 tahun apabila dia bertemu bapa Paris, Richard Hilton. Mereka berkahwin pada 1979 tetapi impian Kathy menyinar dalam industri hiburan tergendala dengan kelahiran Paris pada 1981.


Ia diikuti tiga lagi adik Paris yang lahir satu demi satu dalam tempoh 13 tahun.


Di sebalik kegagalan Kathy, Paris pula berpeluang menjadi bintang apabila dipilih bergandingan dengan Nicole Richie dalam siri realiti The Simple Life.


Turut memberi ruang kepada Paris adalah bidang peragaan fesyen. Populariti Paris juga membuka ruang kepada Kathy menghasilkan siri realiti sendiri, I Want To Be A Hilton.




sumber>
hmetro





No comments:

PUSH