Lelaki didakwa menyamar sebagai Britney Spears


SEORANG lelaki didakwa menyamar sebagai Britney Spears dalam klip video Till The World Ends.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Britney Spears didakwa menggunakan seorang lelaki yang menyamar sebagai dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pendedahan itu dibuat semasa klip video Till The World Ends itu menjadi perbincangan hangat di Internet.
Salah seorang peminat Spears berkata, wanita mirip penyanyi tersebut bukan dirinya.
"Saya memikirkan perkara itu kerana dia tidak boleh menari seperti kebiasaan," katanya.
Menurutnya, dia menghentikan video tersebut dan berasa terkejut kerana wanita tersebut tidak kelihatan seperti Spears.
Laman peminat penyanyi berkenaan dihujani dengan teori sama ada Spears menggunakan orang lain untuk menyamar dirinya. - Agensi


sumber>


No comments:

PUSH