1 April atau April Fool's Day .. biasa tak kan lari dari aneka kejutan. Tak kiralah dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Pasti ada kejutan yang dirancang dan dilaksanakan dengan niat untuk menceriakan "mood" pada hari tersebut. Yang terkena .. pastinya terkejut dan yang merancang .. pastinya gembira kerana apa yang dirancangkannya .. berjaya ! Namun disebalik kegembiraan dan kejutan yang disambut pada setiap 1 April .. mempunyai peristiwa yang sungguh menyedihkan.
Tahukan anda bahawa April Fool's Day atau lebih dikenali dengan April Mop dikalangan orang Barat berasal dari sejarah serangan tentera-tentera Kristian terhadap kerajaan Islam di Sepanyol yang penuh dengan tipu muslihat ?
Ketika itu .. daerah Granada, Sepanyol merupakan daerah terakhir .. yang runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam yang ketakutan terpaksa menyelamatkan diri dengan berlindung di dalam rumah dan tempat persembunyian.
Untuk membolehkan penduduk-penduduk Islam keluar dari tempat perlindungan. Tentera-tentera Kristian telah membuat satu muslihat dengan memberitahu kepada penduduk-penduduk Islam bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Penduduk-penduduk Islam yang risau dengan tawaran tersebut, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan bagi memastikan bahawa apa yang dikhabarkan oleh tentera-tentera Kristian .. bukannya satu penipuan.
Setelah berpuas hati, penduduk-penduduk Islam mula membuat persiapan untuk bertolak. Pada keesokan harinya (1 April), ketika penduduk-penduduk Islam menuju ke perlabuhan. Tentera-tentera Kristian .. menyerang penduduk-penduduk Islam dan membunuh mereka kesemuanya. Peristiwa berdarah yang menyedihkan itu kemudiannya diraikan oleh tentera-tentera Kristian sebagai tanda kemenangan.
Keraian ini akhirnya disambut setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Sumber Rujukan: April Fool's Day | Kenali dengan lebih jelas ! | anastasyea.com
No comments:
Post a Comment