Anak Beckham mahu namakan adik ‘Justine Bieber’


LOS ANGELES: David dan isteri, Victoria Beckham mungkin tidak mempunyai masalah untuk mencari nama bagi anak lelaki.
Apabila Victoria disahkan hamil kali keempat, pasangan suami isteri itu mahu membabitkan tiga anak mereka, Brooklyn, 12, Romeo, 9, dan Cruz, 6, memberi nama kepada bakal adik mereka.

Dalam wawancara dengan rancangan realiti, ‘Jimmy Kimmel Live!’ Beckham menceritakan bagaimana anak keduanya, Romeo berkata: “Kita namakannya ‘Justin Bieber Beckham.’” Tetapi kini, selepas kandungan Victoria disahkan perempuan, Romeo, menurut Bieber, mencadangkan nama bakal adiknya itu, Justine Bieber, cuma tambahkan huruf ‘e’ pada Justin.




Cruz pula, kata Beckham, pernah memintanya supaya mengajak penyanyi remaja itu datang ke rumah untuk bermain dengannya. “Saya memberitahunya, ‘Tak mungkin. Dia sibuk,” kata Beckham. - Agensi




sumber>
hmetro





No comments:

PUSH