Paramore bantu Jepun


PARAMORE mengakui sangat sayangkan negara Jepun.
SUDAH banyak selebriti Hollywood yang menunjukkan rasa simpati terhadap bencana tsunami yang melanda Jepun bulan lalu.
Terbaru, grup Paramore juga tidak mahu ketinggalan membantu mangsa musibah yang telah menyebabkan berpuluh ribu rakyat Jepun mati dan negara matahari terbit itu mengalami kerugian mega akibat bencana tersebut.
Paramore bercadang untuk membuat lelongan barang-barang milik mereka di portal jual beli eBay dan hasil kutipan dana akan disalurkan kepada pasukan palang merah Jepun. Dianggarkan sekitar 60 barang akan dilelong termasuk alat muzik, baju serta aksesori.
Hal itu diumumkan sendiri oleh vokalis grup tersebut, Hayley Williams melalui Twitter miliknya.
"Kami sedang merangka dana untuk mangsa tsunami di Jepun dengan melelong beberapa pakaian lama serta harta benda milik kami. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Kami sayang Jepun!"
Sementara itu, di laman sesawang rasmi Paramore, mereka menulis: "Semak Paramore Yard Sale dan dapatkan pelbagai baju, seluar, aksesori, gitar serta banyak lagi barangan daripada Haley, Jeremy dan Taylor.
"Semua dana terkumpul akan disalurkan kepada unit Palang Merah Jepun untuk membantu teman-teman kita di sana. Atau kalian boleh terus langsung menyumbang ke RedCross.org."




sumber>
kosmo!




No comments:

PUSH