Ryzal nafi gosip mendakwa dia amal cinta songsang
PELAKON muda, Mohd Shahrizal Jaafar atau lebih dikenali sebagai Ryzal, 29, mula dikenali ramai menerusi drama Jelatang dan Dunia Baru yang pernah disiarkan di TV3 sedikit masa lalu. Meskipun keluar gosip kononnya dia mempunyai kekasih songsang, Ryzal mengakui dia lelaki normal dan naluri kebatinannya masih terhadap wanita.
PELAKON muda, Mohd Shahrizal Jaafar atau lebih dikenali sebagai Ryzal, 29, mula dikenali ramai menerusi drama Jelatang dan Dunia Baru yang pernah disiarkan di TV3 sedikit masa lalu. Meskipun keluar gosip kononnya dia mempunyai kekasih songsang, Ryzal mengakui dia lelaki normal dan naluri kebatinannya masih terhadap wanita.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya gosip kononnya mengamalkan cinta songsang terhadap kaum sejenis, selain menjadi ‘anak ikan’ atau ‘adik-adik’ kepada seorang anak Datuk yang kaya raya ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Sarawak, baru-baru ini. Ryzal menjawab dakwaan kononnya dia bukan lelaki ‘lurus’, malah lebih tepat lagi dia seorang gay!
“Dakwaan mengatakan saya amalkan cara hidup songsang memang tak benar sama sekali. I’m not gay! Rata-rata orang di luar sana melabelkan saya sebagai ‘lelaki jambu’, jadi secara tidak langsung mereka akan mengaitkan saya sebagai gay. Tapi, yang sebenarnya naluri kebatinan saya hanya kepada wanita. Nafsu saya tetap pada seorang perempuan! “Bagi saya, memang kita susah nak tutup mulut orang, tengok muka jambu saja, mulalah melabel kita macam-macam. Namun, sebagai artis, saya perlu memelihara penampilan, apabila well dress-up berfesyen atau mengenakan sedikit solekan, mereka label kita gay. Terus-terang, saya lelaki tulen, ‘lurus’ dan bukan ‘adik-adik’ mahupun ‘anak ikan’ kepada sesiapa!,” kata Ryzal berkali-kali.
Menerusi P*POP terbitan 3 April lalu, melaporkan gambar bogel Ryzal kini tersebar di internet, malah ada juga cakera padat (CD) yang mengandungi gambar bogel Ryzal sudah jatuh ke tangan pihak media massa. Khabarnya, terdapat juga puluhan keping gambar kemaluan yang kononnya milik Ryzal.
Artikel sama mendakwa, bukan hanya gambar bogel Ryzal, malah seluruh isi rumahnya termasuk perabot, pakaian, tikar getah, bingkai gambar dan bilik mandi, semuanya dirakam sebagai bukti Ryzal berbogel dalam rumahnya dan dia sendiri merakamkannya untuk tujuan tertentu! Tapi, kesahihan mengenai perkara itu tidak dapat dibuktikan kerana cerita itu lenyap begitu saja.
Ryzal yang berasal dari Alor Setar, Kedah, tidak menafikan, itu adalah foto dalam rumahnya sendiri dan pemuda lelaki yang tidak berbaju itu adalah dirinya.
“Seperti kebanyakan orang lain, apabila berada di rumah sendiri, mereka bebas untuk berbuat apa saja seperti membuka baju dan berseluar pendek. Saya sering ke gimnasium dan selepas sesi latihan, saya lazimnya merakamkan foto sendiri menggunakan telefon bimbit untuk melihat perubahan otot di tubuh. Justeru, saya mengaku ada mengambil gambar sendiri tanpa baju. Tapi, gambar yang dirakamkan itu sebagai simpanan peribadi.
“Mengenai gambar kemaluan yang turut diselitkan, saya menafikan sekeras-kerasnya, gambar kemaluan itu milik saya! Saya pasti itu bukan kemaluan saya! Saya percaya, ada pihak berniat jahat mencampur-adukkan gambar peribadi saya di rumah bersama gambar kemaluan milik orang lain!,” tegasnya lagi.
Bagaimana gambar peribadi Ryzal dalam telefon bimbit boleh tersebar ke tangan pihak media massa? Menjawab pertanyaan itu, Ryzal mengakui, rumahnya pernah di pecah masuk dan barangan peribadi seperti telefon bimbit dan komputer riba turut dilarikan.
Selain gambar Ryzal tidak berbaju dan gambar kemaluan didakwanya milik orang lain itu, dalam CD itu juga terdapat puluhan keping gambar pemuda ‘berwajah jambu’, adakah Ryzal mengenali pemuda berkenaan dan sejauh manakah kebenarannya pemuda terbabit kononnya pernah menjadi ‘langganan’ Ryzal dalam memenuhi tuntutan nafsu songsangnya selama ini?
Beliau sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya mengenali pemuda berwajah kacak itu. Katanya lagi, dia tak pernah kenal atau tahu siapa pemuda berkenaan.
“Saya pasti, pihak yang mencampur-adukkan gambar peribadi saya di rumah dengan gambar kemaluan orang lain, disertai gambar beberapa pemuda kacak, sekali gus menyebarkan CD berkenaan kepada media massa, ada niat untuk membuktikan saya mengamalkan cinta songsang atau lelaki gay! Sepanjang karier saya, ini kali pertama saya menerima impak seumpamanya dan difitnah. Saya amat berharap, gambar-gambar ini dihentikan penyebarannya,” katanya dalam nada sedih.
Artikel sama juga mendakwa, Ryzal dibela seorang anak Datuk yang kaya raya. Ada kereta besar, siap dengan pemandu dikatakan sering mengusung Ryzal setiap masa, malah ada yang melihat kekasih songsangnya itu turut menemaninya ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Sarawak, baru-baru ini.
“Saya mengaku baru-baru ini pernah menjalani penggambaran drama Nilai Cinta Diana di Sarawak selama sebulan lebih untuk siaran RTM. Dakwaan kononnya saya dibela seorang anak Datuk yang kaya raya, itu memang tidak benar sama sekali. Anak Datuk yang didakwa itu memang tak pernah wujud! Itu adalah cerita rekaan semata-mata,” kata Ryzal yang masih mempunyai kontrak dengan KRU Studios hingga Jun ini.
Ryzal juga didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan kekasih songsangnya itu di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari Sarawak apabila berpelukan dan bermesra tanpa rasa malu!
“Ini satu lagi cerita rekaan, perkara seumpama itu memang tak pernah terjadi. Takkanlah saya nak berkelakuan begitu depan orang ramai, sedangkan orang tahu saya ni pelakon. Hentikanlah fitnah seumpamanya, saya nak cari makan dalam industri ini,” rayu Ryzal.
sumber>
No comments:
Post a Comment