IPOH – Tahap kesihatan bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor yang mengalami serangan jantung pada Rabu lalu kini beransur pulih.MALEK bercerita keadaannya kepada Zolkples di Hospital Pantai, Ipoh semalam.
Dia sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) sebelum dipindahkan ke wad biasa pada pukul 3 petang semalam.
Namun Malek, 56, meminta tidak ditemubual oleh wartawan sebaliknya hanya bercerita melalui Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang datang melawatnya semalam.
Malek yang mengaku dia tidak tahu menghidap penyakit jantung, tidak putus-putus mengucap kalimah syahadah sepanjang perjalanan ke hospital.
“Masa itu saya ingat hendak mati sahaja dan terbayang pengalaman menunaikan ibadah umrah seminggu lalu,’’ katanya kepada Zolkples.
Turut sama melawat Malek ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Mumtaz Jaafar.
Menurut Malek, ketika diserang sakit jantung, dia sempat berpaut pada palang gol dan menjerit meminta bantuan.
sumber>
kosmo!
sumber>
kosmo!
No comments:
Post a Comment