kowg ingat lagi kn post yg lps uh ,,
pki gambo nih jgak ,,
and ni plk berita nyer ,, yg q dpt dari tenet ,,,
KOTA TINGGI: “Ibu marah jika saya tidak ‘melayan’ ayah, malah dia juga ada di rumah ketika ayah melakukan perkara terkutuk itu terhadap saya,” rintih seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang sudah puluhan kali dirogol bapa angkat di rumah mereka di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sungai Ara di sini, sejak Oktober 2010.
Rintihan itu diluahkan selepas dia melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya petang kelmarin, dan pergi ke rumah gurunya yang terletak berhampiran sebelum mereka membuat laporan polis berkaitan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Polis menyerbu rumah ibu dan bapa angkat kanak-kanak itu pada jam 1 pagi serta menahan bapa angkat mangsa yang berusia 59 tahun serta isterinya yang berusia 48 tahun untuk membantu siasatan.
Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata siasatan awal mendapati ibu angkat mangsa turut memaksa kanak-kanak berkenaan melayan tuntutan seks suaminya.
“Kami juga mendapati wanita terbabit pernah berada di rumah ketika suaminya merogol anak angkat, mereka malah membiarkan saja perkara itu berlaku.
“Ketika ditahan, lelaki terbabit yang juga seorang peneroka mendakwa menghidap penyakit jantung serta memberi pelbagai alasan lain. Dia kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Menurut Shamsuddin, mangsa dipelihara wanita berkenaan serta suaminya yang tidak mempunyai anak sejak 2007 tetapi kejadian malang itu hanya bermula Oktober lalu.
Beliau berkata, mangsa dijadikan anak angkat pasangan suami isteri berkenaan dan tahun lalu, bapa kandung kanak-kanak berkenaan meninggal dunia.
“Bermula Oktober lalu, bapa angkatnya yang juga seorang peneroka mula merogol mangsa setiap minggu apabila isterinya itu tiada di rumah.
“Mangsa pula diugut akan diberhentikan sekolah atau dihantar tinggal dengan ibu tirinya di Kuala Selangor jika enggan menurut keinginan seks lelaki terbabit,” katanya.
Mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah di daerah berkenaan terpaksa melayan nafsu serakah bapa angkatnya kerana tidak mahu diberhentikan sekolah atau tinggal bersama ibu tirinya yang dipercayai warga Indonesia.
Menurut Shamsuddin, pada masa sama, pada tahun lalu juga, ibu tirinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
“Kanak-kanak itu kini yatim piatu dan perbuatan ibu bapa angkatnya itu menambah penderitaannya. Selepas tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks, dia memaklumkan kejadian kepada ibu angkatnya Februari lalu.
“Bagaimanapun, wanita terbabit yang berniaga kecil-kecilan bukan saja tidak kisah malah mendesak mangsa melayan kehendak suaminya dan jika kanak-kanak itu enggan, dia akan memarahinya,” katanya.
Menurut Shamsuddin, mangsa kini diberi perlindungan oleh sebuah keluarga lain manakala suspek pula dirawat di Hospital Kota Tinggi akibat lemah jantung.
Hari ini, mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
“Pasangan suami isteri terbabit direman seminggu bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
sumber>
hmetro
No comments:
Post a Comment