Pulau tak bernama selesai dinamakan Jun

KOTA KINABALU – Proses menamakan kira-kira 100 pulau yang belum dinamakan akan selesai selewat-lewatnya Jun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata, kesemua pulau yang belum dinamakan itu terletak di Semenanjung Malaysia.
"Menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem), Malaysia mempunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, terumbu, permatang, tompok dan alur.
"Pulau-pulau yang telah dinamakan perlu diwarta supaya tidak mudah dituntut oleh negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nama-nama Geografi Peringkat Negeri di sini, hari ini.
Kurup berkata, tindakan mewartakan pulau-pulau yang telah dinamakan amat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautika dari pulau terbabit, termasuk sumber ekonomi di persekitarannya. – Bernama




sumber>
kosmo!



No comments:

PUSH